Monday, January 4, 2010

Hari Pertama Persekolahan sesi 2010


Pada 4hb.1.2010- Isnin adalah hari pertama persekolahan. Sepanjang perjalanan ke sekolah hujan agak lebat, dah saya dapat membuat andaian bahawa di Selayang pun akan hujan dah sudah tentu perhimpunan tidak akan dapat dijalankan di tapak perhimpunan seperti biasa. Memang betul jangkaan saya bahawa kawasan sekolah telah penuh sesak dengan kenderaan ibu bapa dan guru. Saya berbincang bersama semua Penolong Kanan agar semua murid dikumpulkan di Dewan agar proses perhimpunan dapat dilaksanakan juga. Guru bertugas Pn Lor Kwai Yn seorang guru veteren disekolah ini telah membuat pengumuman agar semua murid beratur di dewan. Perhimpunan agar terlewat 5 minit dari waktu sebenar (7.40) kerana guru AJK siaraya terpaksa bertungkus lumus memasang peralatan siarraya di Dewan tersebut. Selepas membaca doa , school pledge serta menyanyi lagu-lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor serta Lagu Sekolah oleh murid-murid dengan semangat berkobar, saya memberi ucapan. Saya lebih mengfokuskan ucapan dengan mengalu-alukan murid-murid dan semua ibu bapa yang semuanya berdiri di luar dewan dengan taklimat ringkas seperti bayaran yuran tambahan, buku teks pinjaman, peraturan sekolah dan lain-lain hal agar guru-murid dan ibu bapa lebih mengetahui tentang scenario sekolah. Murid kemudiannya beratur pergi ke kelas masing-masing diiringi dengan guru kelas masing-masing. Sekolah juga memperkenalkan 4 orang guru yang melaporkan diri bertugas pada hari ini yang kesemuanya lelaki. (Sekolah ini telah menerima 3 lebihan Guru tapi sekolah diarahkan menerima guru-guru ini dahulu)

Pada pukul 9.45 pagi taklimat dengan ibu bapa Kelas Pendidikan khas diadakan di Dewan. Taklimat ini dianggap sangat berkesan dimana semua prosidur dibentangkan kepada ibu bapa terutama yang baru mendaftar anak mereka di Unit Pendidikan Khas ini. Banyak perkara disentuh oleh GPK Pendidikan Khas dan saya membuat beberapa penjelasan termasuklah perihal elaun dan disiplin murid-murid ini, Aktiviti-aktiviti penting juga di bincangkan bersama agar pihak sekolah dan ibu bapa membuat 'Mutual Understanding' supaya sentiasa ada kerjasama yang erat bersama demi kepentingan anak-anak istimewa ini.

Lebih kurang 10 orang murig baru datang mendaftar hari ini dari pelbagai pelusuk negeri. Yang hairan nya ramai diantara mereka tidak membawa bekalan buku teks pinjaman dari sekolah sebelumnya. Jadi pihak sekolah agak sukar melayani perkara ini.Kalau ada bekalan pihak sekolah tiada masalah untuk memberi buku teks tersebut kepada MEREKA. Kalau tiada ibu bapa diminta bersabar dan mereka. agak memahami. Tidak ada yang tidak diingini berlaku disepanjang perjalan hari yang sangat panjang bagi saya ini. Syukur Alhamdulilah.

No comments:

Post a Comment