Pertama kali dalam sejarah perkhidmatan saya menghadiri 2 kali mesyuarat agung sekolah.... malah jarak masanya tepat sebulan.. Pada 6 Feb lalu saya selesai bermesyuarat agung di sekolah terdahulu dan sekali lagi pada 6 Mac saya mengharungi mesyuarat agung di SKTBI yang sudah semestinya perjalanan mesyuarat mempunyai cara dan identiti yang tersendiri. Oleh itu ada kebenarannya "There are never 2 same schools..." dan kali ini saya sudah mula mempercayai kebenaran kata-kata tersebut.
Walauapa pun, ianya sangat berjalan lancar dan harmoni dan banyak perkara dapat dibincangkan demi kebaikan anak-anak didik di sini. Ibubapa memberi hujah yag sangat rasional dalam setiap perkara yang dibangkitkan. Pemilihan AJK sesi 2010-2011 berjalan dengan sangat demokratik dan dalam suasana humor kerana Pengerusi Sementara yang dilantik merupakan seorang yang veteren dan cara beliau mengupas, menyokong, dan menerima beberapa pecalonan dibuat dengan kata-kata yang membuat hadirin ketawa.
Yang Di Pertua dahulu dikekalkan semula,begitu juga naib YDP. AJK dikalangan ibubapa dipilih dari pelbagai bangsa berdasarkan slogan satu Malaysia. Oleh kerana saya baru 2 hari menjejak kaki disekolah ini, saya sangat yakin dan percaya AJK yang dipilih ini dapat memberi komitmen mereka, malah banyak usul tentang pembangunan rohani, intelek, jasmani serta pasarana sekolah menjadi agenda utama untuk PIBG SKTBI untuk mengorak langkah seterusnya
Tahniah kepada En Shukri bin Nadzir YDP, En Iskandar Naib YDP dan AJK lain yang dilantik. Saya benar-benar mengharabkan semangat kerja berpasukan dan berkonsepkan keharmonian dalam setiap langkah dan penyelesaian masalah dapat direalisasikan disepanjang perjalanan PIBG yang dilantik ini.
Kepada pembaca blog saya yang terdiri daripada ibubapa dan guru-guru tahniah kepada segala tenaga dan idea yang dicurahkan untuk kelicinan Mesyuarat Agung SKTBI yang ke 10 ini. Bagi saya walau apa pun sumbangan anda kepada kejayaan perjalanan Mesyuarat ini sungguhpun sekelumit cuma telah memberi erti yang besar buat saya dan pentadbir yang lain.
Terima Kasih kepada En Samsuki Sudin Penolong Pegawai Daerah bahagian Pengurusan Akademik kerana telah sudi hadir dan memberi input yang sangat baik kepada semua hadirin dan nampaknya hasil ucapan beliau dimengertikan dengan sepenuhnya dan beliau telah merasmikan Mesyuarat ini. Terima Kasih semua dan berdoalah agar kita sentiasa diberkati ALLAH dalam setiap tindak tanduk kita demi membangunkan pembangunan insan anak-anak yang disayangi ini.
Kepada kumpulan koir dan kumpulan kompang yang terdiri daripada murid-murid yang menunjukkan kesungguhan persembahan mereka.. tahniah diucapkan terutama kepada guru-guru yang melatih mereka..Syabas..lagu-lagu dan pukulan kompang telah memulakan keharmonian mesyuarat ini..... Terima Kasih
No comments:
Post a Comment