Saturday, April 10, 2010

Sukaneka SK Taman Bukit Indah 2010


Hari ini 10 April 2010, saya berpengalaman buat pertama kalinya menyaksikan sukaneka tahap 1 di sktbi. Cabaran hari ini adalah Allah swt menduga semua warga sekolah dan ibubapa dengan hujan semenjak awal pagi dan tidak kelihatan akan berhenti..Oleh itu setelah berbincang, pihak sekolah mengambil pendekatan untuk meneruskan acara dengan murid2 pra sekolah di dewan terbuka sekolah ini. Baru lah saya mula mensyukuri nikmat adanya dewan terbuka ini. Guru-guru bertungkus lumus melekatkan binding tape untuk membuat lorong -lorong permainan berkumpulan.meriah jugalah melihatkan gelagat anak Pra yg tak berdosa dan bersih hati mereka menjalankan acara-acara dengan kesungguhan guru-guru menyusun,mengatur dan menyorak memberi semangat pada murid-murid tersebut.


Sementara itu menunggu guru-guru membuat dan menyiapkan lorong-lorong di dewan terbuka saya dan Pn.Zainab GPK Ko-Ku.meronda kearah kantin untuk meninjau geri-gerai yang berniaga dibawah anjuran PIBG. Tujuan memasukkan gerai-gerai ini adalah memberi peluang komuniti setempat mengenali dengan lebih dekat program sekolah dan PIBG dan dapat berukhwah sesama ibubapa -guru dan masyarakat setempat. Saya sempat ditegur dan menegur ibubapa yang berada disekeling kawasan sekolah berteduh disebabkan hujan masih turun dan acara tahun 1 pula dijalankan di Dewan terbuka. Peniaga-peniaga bersungguh berniaga dan semuanya berinteraksi dengan baik antara satu sama lain.


Lebih kurang pukul 10pagi, hujan mula berhenti.Acara tahun 2 dan 3 mula dijalnkan dipadang pula, Walau pun lecak, murid2 meredah sahaja dengan semangat kesukanan dan berlumba2 untuk menang. Guru pula sangat bersemangat bagi memastikan murid mereka menang. Seelah selesai murid berhimpun di dewan untuk acara penyampaian hadiah...seronk mereka bila dapat hadiah....Terima Kash semua -Guru-guru,ibubapa.PIBG dan semua yang terlibat...Jasa mu dikenang ...bak kata cikgu Indran......

1 comment:

  1. Tahniah kepada guru-guru SKTBI yang telah berusaha keras menjayakan Sukaneka 2010 ini. Terima kasih kerana telah memberikan kegembiraan kepada murid-murid dan ibubapa/penjaga.

    ReplyDelete