Saturday, October 16, 2010

kembali ke laman Blog

Pada hari sambutan Hari kanak-kanak peringkat sekolah jumaat 15hb Oktober yang lalu, barulah saya sedar saya telah berbulan-bulan lamanya meninggalkan laman blog saya. Pendek kata " Saya Tak update blog saya" Akhir sekali saya mengemaskini blog ini adalah pada Hari Guru dimana saya upload Window Movie Maker peristiwa pada hari tersebut. Bukannya ape, saya lebih menumpukan perhatian saya kepada Facebook personal saya, Facebook organasasi PGB, Facebook organisasi Sekolah dan laman blog yang telah dibina oleh GPK HEM baru iaitu Laman Blog HEM SKTBI. Kesemua ini memerlukan masa yang banyak untuk dilihat,
Saya berfikiran positif bahawa facebook organisasi sekolah lebih diminati dan senang untuk didekati oleh guru-guru. Banyak informasi, nasihat, maklumat dan cadangan tentang aktiviti,program dan saranan jauh lebih mudah dimasukkan di FB organisasi sekolah dan keistemewaannya ianya mendapat respons secara terus dan spontan dari guru-guru dan rakan-rakan kenalan. Walauapapun saya tak akan tinggalkan Halaman blog yang saya sayangi ini kerana saya tahu laman Blog inilah yang mula-mula saya bina 4 tahun yang lalu dan ianya mempunyai rangkaian laman blog yang berfaedah daripada kawan-kawan seperjuangan yang sentiasa menyokong penulisan dan luahan menerusi blog,. Kepada kawan-kawan berilah saya semangat yang berterusan untuk terus menulis didalam blog ini. Terima Kasih kepada semua yg mempunyai link dengan blog ini kerana anda sentiasa ke hadapan menulis dan memperbaharui berita-berita diblog anda dan saya sentiasa membacanya tanpa jemu selama saya mendiamkan diri

No comments:

Post a Comment