Wednesday, June 8, 2011

BERTEMU TEMAN-TEMAN PERSEKOLAHAN KGV

Tiada kata-kata yang dapat mengambarkan betapa dengan kuasa ALLAH yang maha Perancang dan Maha Pengatur saya dapat bertemu kembali rakan-rakan semasa di alam persekolahan semasa darjah satu sehingga ke tingkatan lima dan ada diantaranya terus bersama ditingkatan enam di Sekolah Menengah King George The Fitth Seremban. Ada diantaranya telah terpisah selama 32 tahun dan siapa sangka dengan rasa shahdunya dipertemukan semula ...Ramai diantara kita memandang ringan kepada pertemuan semula atau 'Reunion' yang diusahakan oleh beberapa rakan-rakan termasuk saya. Sememangnya lah setelah terpisah sekian lama semestinya kita mempunyai cara, fikrah dan gaya tersendiri dalam melayari kehidupan masing-masing, tetapi percayalah apabila kita dapat menghubungkan sirahtulrahim yang lama terputus,kita secara langsung dapat muhasabah diri dengan melihat setiap rona kehidupan kawan-kawan yang suatu ketika dahulu mungkin membantu kita menyiapkan homework..



Atau mungkin kawan-kawan yang membelikan kita makanan apabila ibubapa kita gagal memberi wang saku sekolah kerana kesempitan hidup...atau mungkin menjadi sumber inspirasi kita untuk terus belajar dan kita berjaya juga melepasi MCE dan HSC kita walaupun keputusan kita bukanlah secemerlang mereka

Kepada kawan-kawan georgians yang hadir hari tu pada 4hb June 2011 di Maritime Putrajaya,memang ada yang telah menjadi kawan sejati saya sejak sekolah rendah yang tahu susah senang dan sentiasa mendengar kelohan tentang diri ini, pelajaran dan segala kekusutan yang dihadapi ketika kecil sehingga kita lalui alam remaja.segalanya kita tempuhi dengan cara yang terbaik mungkin dan kita bersama terlibat dengan suka duka setiap aktiviti persekolahan tanpa sebarang prejudis kerana waktu itu kita semua menyimpan cita-cita yang sangat tinggi untuk berjaya dalam hidup kita

Memang benar !!, pertemuan dengan rakan-rakan kita sudah pasti membuat kita sedari yang betapa hidup ini berputar laju hinggakan kita terlepas pandang akan kawan-kawan kita yang pernah bersenda gurau bersama samada didalam kelas, di science lab, bilik homescience , swimming pool, kantin, padang, library dan lain-lain rupa-rupanya telah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran yang tidak terjangka oleh kita semenjak selama terputus hubungan selama 32 tahun


Ada yang memang dapat mencapai cita-cita yang diinginkan sejak sekolah lagi,ada yang diberi jodoh dan mempunyai anak-anak yang ramai, ada yang berkahwin tetapi terkandas ditengah perjalanan kehidupan ini, ada yang diberi gelaran dan pangkat, ada yang bergelut dengan penyakit, ada yang berubah watak yang semuanya kearah kebaikan dan berbaik sangka antara satu sama lain semasa pertemuan tersebut,


Mudah-mudahan kita dipanjangkan umur untuk kita terus menerajui diri sendiri, keluarga dan orang-orang disekeliling yang selalu beurusan dengan kita kerah diredhoi dan dirahmati ALLAH swt, Kepada Kalian pertemuan tempoh hari adalah pertemuan yang sukar dilupakan



Terima kasih kawan-kawan persekolahan ,,,rupa-rupanya kita diambang 50 an.....semoga kita meneruskan sisa-sisa hidup kia dengan berbakti dan membuat kebaikan kerana NYA. Amin

1 comment:

  1. Puan Jamilah, even though we never quite got to know each other in KGV, it is heartening to know that you treasure the friendships of days bygone and cherish the memories of our adolescent years. Keep on writing as I enjoyed reading your piece and was moved by your thoughts on the reunion. Keep up the good job of educating our future generations. May Allah bless you. Barakullahu fiq.

    ReplyDelete