Saturday, February 6, 2010


Hari ini bersamaan 22hb Feb 2010 SK Selayang Jaya selesai menjalankan Mesyuarat Agong yg ke 22. Bermula pukul 8.30pagi, mesyuarat kali ini di rasmikan oleh Penasihat PIBG memandangkan tiada seorang perasmi yg telah cuba kami jemput dapat hadir atas sebab jadual mereka telah penuh. Mesyuarat ini berjalan lancar dan berbincangan semuanya telah berjalan dgn tenang dan suasana yg positif. Pemilihan AJK PIBG 2010 telah dipilih dengan cara yg sgt demokratik. AJK yg dipilih kali ini datang daripada pelbagai latar profession yg saya percaya boleh memperkasakan sekolah dalam semua sudut insyallah. Yang membanggakan Mesyuarat Agong kali ini adalah mesyuarat Agong yang paling cepat selesai yak ni pada pukul 11.55tgh, yg pernah saya alami sepangjang berkhidmat di sekolah ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima Kasih kepada semua guru dan AJK PIBG sesi 2009 yg sentiasa memberi komitmen samada idea, tenaga dan wang ringgit untuk membantu SKSJ melaksanakan semua projek, program dan aktiviti.. Terima Kasih semua .. Semoga Allah memberkati usaha tuan/puan di sepanjang perjalanan ini.

1 comment:

  1. 22 Februari 2010?? Lambat lagi tu, kak. Apapun tahniah kepada barisan kepimpinan PIBG SK Selayang Jaya yang mementingkan pendidikan anak-anak lebih dari kepentingan diri.

    ReplyDelete