Rakan-rakan GB terutamanya Gb Kota Warisan,
Perhimpunan Hari Isnin yang lepas dirakamkan,Lihatlah suasana murid-murid Tahap 1 di SKTBI yang ramai, hampir 1000 orang duduk sambil mendengar taklimat.penerangan atau nasihat daripada guru,GPK dan saya sendiri. Murid-murid pada keseluruhnnya sangat baik dan mendengar dengan baik cuma adalah sekumpulan murid disana-sini membuat hal-atau agenda mereka sendiri,,,Ini perkara normal dimana-mana sekolah pun.
Tuesday, April 13, 2010
Sunday, April 11, 2010
Senaman berirama tahap I-saksikan
Sementara menunggu acara penyampaian hadiah murid dan guru melakukan senaman berirama yang diketuai oleh cikgu Indran. Murid-murid memang seronok dan bertambah semangat lagi bila ada guru yang turut sama....sungguh mengembirakan suasana..
Suasana di dewan terbuka sebelum memulakan acara
Kelihatan ibubaa memerhatikan apa yang berlaku di Dewan terbuka. Guru2 pula sibuk mengatur murid-murid untuk memulakan acara....
Berbincang tentang pelan contigensi bagi meneruskan acara sukan
Saturday, April 10, 2010
Sukaneka SK Taman Bukit Indah 2010
Hari ini 10 April 2010, saya berpengalaman buat pertama kalinya menyaksikan sukaneka tahap 1 di sktbi. Cabaran hari ini adalah Allah swt menduga semua warga sekolah dan ibubapa dengan hujan semenjak awal pagi dan tidak kelihatan akan berhenti..Oleh itu setelah berbincang, pihak sekolah mengambil pendekatan untuk meneruskan acara dengan murid2 pra sekolah di dewan terbuka sekolah ini. Baru lah saya mula mensyukuri nikmat adanya dewan terbuka ini. Guru-guru bertungkus lumus melekatkan binding tape untuk membuat lorong -lorong permainan berkumpulan.meriah jugalah melihatkan gelagat anak Pra yg tak berdosa dan bersih hati mereka menjalankan acara-acara dengan kesungguhan guru-guru menyusun,mengatur dan menyorak memberi semangat pada murid-murid tersebut.
Sementara itu menunggu guru-guru membuat dan menyiapkan lorong-lorong di dewan terbuka saya dan Pn.Zainab GPK Ko-Ku.meronda kearah kantin untuk meninjau geri-gerai yang berniaga dibawah anjuran PIBG. Tujuan memasukkan gerai-gerai ini adalah memberi peluang komuniti setempat mengenali dengan lebih dekat program sekolah dan PIBG dan dapat berukhwah sesama ibubapa -guru dan masyarakat setempat. Saya sempat ditegur dan menegur ibubapa yang berada disekeling kawasan sekolah berteduh disebabkan hujan masih turun dan acara tahun 1 pula dijalankan di Dewan terbuka. Peniaga-peniaga bersungguh berniaga dan semuanya berinteraksi dengan baik antara satu sama lain.
Lebih kurang pukul 10pagi, hujan mula berhenti.Acara tahun 2 dan 3 mula dijalnkan dipadang pula, Walau pun lecak, murid2 meredah sahaja dengan semangat kesukanan dan berlumba2 untuk menang. Guru pula sangat bersemangat bagi memastikan murid mereka menang. Seelah selesai murid berhimpun di dewan untuk acara penyampaian hadiah...seronk mereka bila dapat hadiah....Terima Kash semua -Guru-guru,ibubapa.PIBG dan semua yang terlibat...Jasa mu dikenang ...bak kata cikgu Indran......
Wednesday, March 10, 2010
MADAH-MADAH MEMBINA
Anak-anak Murid SKTBI
Kepada murid-murid-peperiksaan sedang dijalankan sepanjang minggu ini. Kalau anda membaca blog ini saya berharab tekadkan semangat untuk terus menerokai ilmu yang wajib dituntut hingga nafas yang terakhir. Ilmu dari guru-guru janganlah dipersiakan. hormatilah guru dan dengarilah pesanan ibubapa. Tiada apa yang lebih bahagia didunia nin selain dari membahagia kedua-dua insan ibu-bapa dan guru,
SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN MINGGU INI
MAY SUCCESS BE WITH ALL OF YOU ALWAYS. MAY ALLAH SHOWS US THE RIGHT PATH IN THIS WORLD AND HEREAFTER, AMIN
Bersama Penolong Kanan
Bergambar bersama Penolong Kanan SKTBI dihadapan pejabat. Kami akan bermesyuarat pengurusan -cadangan tarikh 15hb.mac ini (Isnin) bersama Penolong kanan Petang. Harapan agar dengan mesyuarat pengurusan pertama saya dengan mereka dapat menghasilkan cara kerja yang lebih effisyen serta mencari kaedah strategik bagi memantapakan pengurusan dan pentadbiran sekolah agar semuanya boleh dilaksanakan secara harmoni dan meminimakan krisis agar melicinkan "core" kerja berpasukan. Maaf kerana tidak sempat bergambar dengan Penolong kanan Petang.
Sayang nya Penolong kanan HEM -Pn Asnah (yg berbaju kurung dan manis orangnya) akan bertukar ke SK Pulau Meranti Sepang. Sudah tentu seluruh warga sekolah akan menangisi pemergian ini. Terima kasih Pn Asnah diatas segala tenaga, idea dan apa sahaja yang Pn lakukan untuk kemajuan sekolah ini sejak dari mula penubuhan sekolah ini. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas jasa Pn atas segalanya.
Yang Memakai baju Uniform KRS itu sudah tentunya GPK Ko-ku yang ingin saya ucapkan Tahniah di atsa segala penat lelah mengelolakan kejohanan sukan dan merentas desa sekolah. saya ketahui perjalanan semua aktiviti tersebut dalam laman web sekolah
Untuk En. Yusuf -the thorn among the roses... perjuangan dalam meningkat akademik sekolah bersama guru2 sudah tentu menuntut kesabaran yang tinggi. Tak apa ...Kita kena buat pelan strategik
Lagi gambar senario sekolah-Lihat lah
Apabila pandangan ini diambil, barulah saya perasan bahawa Sekolah Menengah Taman Bukit Indah adalah sangat berdekatan malah lokasinya bersebelahan sahaja dari sekolah SKTBI. Barulah saya faham kenapa Pegawai pelajaran Daerah Gombak menyatakan dalam facebook organisasi PPD beliau yang kedua-dua buah sekolah ini macam abang dan adik. Tidaklah diketahui sejauh mana kedua-dua istilah tersebut boleh direalisasikan.
Banner menyambut kedatangan bertugas
Hari ini 10hb Mac,barulah saya dapat meronda seluruh kawasan SK Taman Bukit Indah ini. Sudah tentulah seperti biasa saya memantau dengan membawa kamera. Apabila saya ingin keluar sekolah untuk bermesyuarat di PPD saya behenti di Pondok Pengawal untuk bertanya tentang tugas Pengawal Keselamatan dan tatacara mereka bertugas mengikut shift. Bila saya paling ke hadapan sungguh berderau seluruh tubuh melihat banner atau kain rentang ini. Penolong Kanan Ko-ku ada menyebut ttg banner ini tetapi saya tidaklah ambil peduli,sangat. Tetapi setelah mengamatinya, saya merasakan amanah yang berat beserta tanggungjawab yang akan saya pikul bagi menerajui pentadbiran sekolah ini bukanlah boleh diambil ringan. Banner ini menuntut saya bekerjasama dengan semua pihak terutama guru-guru yang akan meneruskan semua agenda pendidikan untuk membina sahsiah dan pemikiran murid-murid sekolah ini serta semua ibubapa serta komuniti setempat dan begitu juga sebaliknya. Lihatlah banner ini yang mempamirkan yang tersurat dan tersirat...Ya Allah berilah kekuatan kepada kami semua.
Tuesday, March 9, 2010
Mesy. Agung MGB yg ke 14
Alhamdulillah MGB Gombak telah selesai bermesyuarat Agung yg ke 14 di Hotel Vistana. Acara dimulakan seawal 8.30 pagi dengan penerangan ringkas oleh Pengerusi MGB En.Alwan b.Ginen. Tepat jam pukul 10.30 pagi kedatangan Pn Dayang Fatimah Peg.Pelajaran Daerah Gombak menyerikan lagi Majlis ini. Pn Dayang dalam ucapan perasmian beliau menjelaskan betapa penting menjalankan tugas dengan berusaha merelisasikan agenda NKRA dan pentingnya program Linus, Pengurusan Kewangan yg baik , pengurusan Aset yang mengikut prosedur serta mempertingkatkan komunikasi bersama pelanggan disemua peringkat.
Majlis juga diserikan dengan ucapan dari GB yang akan bersara Pn.Siti Norshidah pd bulan Mei ini serta penyampaian cenderahati kepada AJK MGB 2009 dan kepada GB yang berjaya dapat menamatkan Ijazah pengurusan Pendidikan dari pelbagai Universiti. Majlis juga telah mewartakan tentang kejayaan seorang GB yg dinaikkan ke gred 44 iaitu Pn Yusasima dari Gombak Utara, Mesyuarat berjalan lancar dan sebanyak tiga usul dibincangkan untuk tindakan susulan

Saturday, March 6, 2010
MESYUARAT AGUNG DI SKTBI
Pertama kali dalam sejarah perkhidmatan saya menghadiri 2 kali mesyuarat agung sekolah.... malah jarak masanya tepat sebulan.. Pada 6 Feb lalu saya selesai bermesyuarat agung di sekolah terdahulu dan sekali lagi pada 6 Mac saya mengharungi mesyuarat agung di SKTBI yang sudah semestinya perjalanan mesyuarat mempunyai cara dan identiti yang tersendiri. Oleh itu ada kebenarannya "There are never 2 same schools..." dan kali ini saya sudah mula mempercayai kebenaran kata-kata tersebut.
Walauapa pun, ianya sangat berjalan lancar dan harmoni dan banyak perkara dapat dibincangkan demi kebaikan anak-anak didik di sini. Ibubapa memberi hujah yag sangat rasional dalam setiap perkara yang dibangkitkan. Pemilihan AJK sesi 2010-2011 berjalan dengan sangat demokratik dan dalam suasana humor kerana Pengerusi Sementara yang dilantik merupakan seorang yang veteren dan cara beliau mengupas, menyokong, dan menerima beberapa pecalonan dibuat dengan kata-kata yang membuat hadirin ketawa.
Yang Di Pertua dahulu dikekalkan semula,begitu juga naib YDP. AJK dikalangan ibubapa dipilih dari pelbagai bangsa berdasarkan slogan satu Malaysia. Oleh kerana saya baru 2 hari menjejak kaki disekolah ini, saya sangat yakin dan percaya AJK yang dipilih ini dapat memberi komitmen mereka, malah banyak usul tentang pembangunan rohani, intelek, jasmani serta pasarana sekolah menjadi agenda utama untuk PIBG SKTBI untuk mengorak langkah seterusnya
Tahniah kepada En Shukri bin Nadzir YDP, En Iskandar Naib YDP dan AJK lain yang dilantik. Saya benar-benar mengharabkan semangat kerja berpasukan dan berkonsepkan keharmonian dalam setiap langkah dan penyelesaian masalah dapat direalisasikan disepanjang perjalanan PIBG yang dilantik ini.
Kepada pembaca blog saya yang terdiri daripada ibubapa dan guru-guru tahniah kepada segala tenaga dan idea yang dicurahkan untuk kelicinan Mesyuarat Agung SKTBI yang ke 10 ini. Bagi saya walau apa pun sumbangan anda kepada kejayaan perjalanan Mesyuarat ini sungguhpun sekelumit cuma telah memberi erti yang besar buat saya dan pentadbir yang lain.
Terima Kasih kepada En Samsuki Sudin Penolong Pegawai Daerah bahagian Pengurusan Akademik kerana telah sudi hadir dan memberi input yang sangat baik kepada semua hadirin dan nampaknya hasil ucapan beliau dimengertikan dengan sepenuhnya dan beliau telah merasmikan Mesyuarat ini. Terima Kasih semua dan berdoalah agar kita sentiasa diberkati ALLAH dalam setiap tindak tanduk kita demi membangunkan pembangunan insan anak-anak yang disayangi ini.
Kepada kumpulan koir dan kumpulan kompang yang terdiri daripada murid-murid yang menunjukkan kesungguhan persembahan mereka.. tahniah diucapkan terutama kepada guru-guru yang melatih mereka..Syabas..lagu-lagu dan pukulan kompang telah memulakan keharmonian mesyuarat ini..... Terima Kasih
Wednesday, February 24, 2010
Melaporkan Diri ke SK Taman Bukit Indah
Hari ini bersamaan 25hb.Feb 2010 saya telah mengubah rutin perjalanan bertugas saya menghala ke arah Bukit Belacan untuk melaporkan diri di sekolah SK Taman Bukit Indah. Perjalanan sudah tentu tidak serupa, kerana walaupun sekolah ini dikira dekat dengan tempat kediaman, saya terpaksa berhenti lebih kurang 8 lampu isyarat. Demi kepentingan perkhidmatan sekali lagi, perubahan ini sudah tentu menuntut persepsi dan kesabaran serta tatacara yang mungkin berbeza....
Saya sempat bertemu dan perkenalan dengan GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Murid dan GPK Ko-ku serta kakitangan pejabat serta beberapa org guru di kantin. Terima Kasih semua kerana memberi penerangan yang ringkas secara santai. Beberapa orang murid sempat bersalaman dengan saya.....terima Kasih
Saturday, February 20, 2010
Saturday, February 6, 2010
BARISAN PENTADBIR SK SELAYANG JAYA

Hari ini bersamaan 22hb Feb 2010 SK Selayang Jaya selesai menjalankan Mesyuarat Agong yg ke 22. Bermula pukul 8.30pagi, mesyuarat kali ini di rasmikan oleh Penasihat PIBG memandangkan tiada seorang perasmi yg telah cuba kami jemput dapat hadir atas sebab jadual mereka telah penuh. Mesyuarat ini berjalan lancar dan berbincangan semuanya telah berjalan dgn tenang dan suasana yg positif. Pemilihan AJK PIBG 2010 telah dipilih dengan cara yg sgt demokratik. AJK yg dipilih kali ini datang daripada pelbagai latar profession yg saya percaya boleh memperkasakan sekolah dalam semua sudut insyallah. Yang membanggakan Mesyuarat Agong kali ini adalah mesyuarat Agong yang paling cepat selesai yak ni pada pukul 11.55tgh, yg pernah saya alami sepangjang berkhidmat di sekolah ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima Kasih kepada semua guru dan AJK PIBG sesi 2009 yg sentiasa memberi komitmen samada idea, tenaga dan wang ringgit untuk membantu SKSJ melaksanakan semua projek, program dan aktiviti.. Terima Kasih semua .. Semoga Allah memberkati usaha tuan/puan di sepanjang perjalanan ini.
Tuesday, January 12, 2010
Quality Day PPD GOMBAK
Yesterday, dated 12th of Jan.2010. at Perangsang Templer Resort,the Gombak District Education Office held a special occation to recognise and award schools which have met the requirements in achieving the certain or specific"Quality" in many categories for both secondary and primary schools amongst of which are :
1. Best Quality achievement in co-curricular activities
2. Best Resource Centre management
3. Text Book Loan Scheme Operation Room (BOSS)
4. Best school operating the 3K ( Cleanliness, Safety and Health in school environment)
5. All examinations achievements- UPSR,PMR, SPM and STP
6. Best Quality among Boarding schools in Gombak
7. Award for best Quality Control PPD Gombak (2009)
8. Award for best school financial management
9. Best Parents Teachers Association management
10. Best school's landscape
11. Best Academic Achievements.
What must be proud of is that the Deputy Education Ministry Yang Berhormat Datuk Ir. Wee Ka Siong graced the occcasion. And for the State Education Office -was represented by Tn. Hj Bajuri Abdullah. Pn Dayang the new Gombak District Officer uttered the first speech and Tn Hj Bajuri gave his speech next. Both of them were proud of the effort made by the Gombak District Education Office in this quality control achievement.
The Deputy Education Ministry graced the funtion where most all headteachers and pricipals, senior assistants and all chairman of PTA were entertained including retiring Gombak District officer Pn Siti Normah Yusuf who was also awarded as the Tokoh Kualiti.
As for SK Selayang Jaya we managed to be annouced as the second best achievement in UPSR (Lonjakan Saujana) and one af the best school financial management (Good Category) Well something that should be shared with all staffs and teachers. May Allah bless with both of SK Selayang Jaya achievement on this Special Occasion and of course the moment the Deputy Ministry gave the award to me, Deep in my heart "These two Awards is definitely not for me alone, its for the whole school organization who have always collabarate and coorperate in doing and accomplish the tasks in schools for the pupils and the community that surrounds us... Something that should be cherished for this may only the thrilling moments in receiving awards in working life.. Who Knows....TQ

I will post the photos later...ooops...
Tuesday, January 5, 2010
DARI MEJA GURU BESAR 2010
SEKAPUR SIREH DARI MEJA GURU BESAR
TAHUN 2010
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,guru-guru dan kakitangan dan seluruh warga sekolah,
Yang dihormati dan semoga dirahmati Allah swt.
Saya sangat rasa teruja sekali untuk memulakan bicara dengan kata-kata “One cannot change yesterday, but only make the most of today, and look with hope toward tomorrow”
Memang benar juga kata ulamak “ Bahawa Allah melihat apa yang kita usahakan, bukan kepada apakah hasil dari apa yang kita usahakan” . Kerana “. Hasil dari apa yang kita usahakan” wajiblah bersandarkan kepada doa yang berterusan serta ehsan dan rahmat ALLAH swt Maha Pencipta.
Dengan semangat ini, marilah kita terus berusaha terus menerus untuk memperbaiki dan memantapkan semua aspek pekerjaan dan proffesionalisma kita supaya kita melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti mengikut garis panduan memertabatkan modal insan, dan juga tugas kita seperti yang termaktup dalam PIPP dan seiring sejalan dengan NKRA (National Key Result Area) yang mana sekiranya kita cuba mendalami falsafah kedua-dua agenda pendidikan ini, kita mesti juga tanpa putus berdoa agar ALLAH swt memberi hasil yang diberkati oleh Nya

Oleh itu, kita mesti bersyukur dan redha kerana atas segala daya usaha kita yang terus melaksanakan program-program, aktiviti-aktiviti, kajian tindakan dengan berkorban masa dan tenaga demi pelajar kita , kita diuji dengan keputusan yang melonjak sebanyak 14.8% yakni dari dari 64.7% pada tahun 2008 kepada 78.8% tahun 2009 . Kualiti pelajar yang memperolehi 5A pun bertambah kepada 9 ke 13 orang. Percayalah sekali lagi “ Kita adalah apa yang kita usahakan beserta kesungguhan berdoa dari kita, pelajar dan ibu-bapa dan komuniti setempat.
Guru-guru sekelian.
Kita mesti terus mencari dan mengkaji kaedah bila berhadapan dengan proses pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah yang sesuai dapat membezakan antara yang benar dengan apa yang dikatakan kepercayaan. Kaedah dan metodologi jugalah memberi peluang untuk membetulkan idea yang tidak benar dan menyelesaikan pandangan yang berbeza antara kita dengan para pelajar kita. Bila kita cuba berusaha mendampingi kaedah-kaedah yang betul dengan mereka , kita akan merasakan nikmat sebenar tugas kita.. Ayuh carilah ilmu kaedah tersebut dengan cara-cara yang banyak terbentang didalam kehidupan kita, melalui pembacaan, dapatan, daripada lamam-laman sesawang eduweb, software-software dan dari pengalaman hidup kita sendiri.
Tahniah kepada semua untuk semua usaha cikgu dan saya akan bersama susah senang dengan kalian dan cuba bersama-sama dengan ‘stakeholder” agar usaha kita tidak akan menjemukan kita selagi kita bertugas sebagai pendidik.
“BERPENDIDIKAN, BERILMU, BERBAKTI”…………..Terima Kasih
Monday, January 4, 2010
Gambar-gambar di Hari Pertama Persekolahan SK Selayang Jaya.
Hari Pertama Persekolahan sesi 2010

Pada 4hb.1.2010- Isnin adalah hari pertama persekolahan. Sepanjang perjalanan ke sekolah hujan agak lebat, dah saya dapat membuat andaian bahawa di Selayang pun akan hujan dah sudah tentu perhimpunan tidak akan dapat dijalankan di tapak perhimpunan seperti biasa. Memang betul jangkaan saya bahawa kawasan sekolah telah penuh sesak dengan kenderaan ibu bapa dan guru. Saya berbincang bersama semua Penolong Kanan agar semua murid dikumpulkan di Dewan agar proses perhimpunan dapat dilaksanakan juga. Guru bertugas Pn Lor Kwai Yn seorang guru veteren disekolah ini telah membuat pengumuman agar semua murid beratur di dewan. Perhimpunan agar terlewat 5 minit dari waktu sebenar (7.40) kerana guru AJK siaraya terpaksa bertungkus lumus memasang peralatan siarraya di Dewan tersebut. Selepas membaca doa , school pledge serta menyanyi lagu-lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor serta Lagu Sekolah oleh murid-murid dengan semangat berkobar, saya memberi ucapan. Saya lebih mengfokuskan ucapan dengan mengalu-alukan murid-murid dan semua ibu bapa yang semuanya berdiri di luar dewan dengan taklimat ringkas seperti bayaran yuran tambahan, buku teks pinjaman, peraturan sekolah dan lain-lain hal agar guru-murid dan ibu bapa lebih mengetahui tentang scenario sekolah. Murid kemudiannya beratur pergi ke kelas masing-masing diiringi dengan guru kelas masing-masing. Sekolah juga memperkenalkan 4 orang guru yang melaporkan diri bertugas pada hari ini yang kesemuanya lelaki. (Sekolah ini telah menerima 3 lebihan Guru tapi sekolah diarahkan menerima guru-guru ini dahulu)
Pada pukul 9.45 pagi taklimat dengan ibu bapa Kelas Pendidikan khas diadakan di Dewan. Taklimat ini dianggap sangat berkesan dimana semua prosidur dibentangkan kepada ibu bapa terutama yang baru mendaftar anak mereka di Unit Pendidikan Khas ini. Banyak perkara disentuh oleh GPK Pendidikan Khas dan saya membuat beberapa penjelasan termasuklah perihal elaun dan disiplin murid-murid ini, Aktiviti-aktiviti penting juga di bincangkan bersama agar pihak sekolah dan ibu bapa membuat 'Mutual Understanding' supaya sentiasa ada kerjasama yang erat bersama demi kepentingan anak-anak istimewa ini.
Lebih kurang 10 orang murig baru datang mendaftar hari ini dari pelbagai pelusuk negeri. Yang hairan nya ramai diantara mereka tidak membawa bekalan buku teks pinjaman dari sekolah sebelumnya. Jadi pihak sekolah agak sukar melayani perkara ini.Kalau ada bekalan pihak sekolah tiada masalah untuk memberi buku teks tersebut kepada MEREKA. Kalau tiada ibu bapa diminta bersabar dan mereka. agak memahami. Tidak ada yang tidak diingini berlaku disepanjang perjalan hari yang sangat panjang bagi saya ini. Syukur Alhamdulilah.
Tuesday, December 29, 2009
Rencana dari Email Untuk Renungan Guru-Guru
Berhentilah menipu para pelajar atau anak2 kita. Kita sering mengatakan kepada
mereka bahawa setiap manusia ini dilahirkan sama sahaja (akalnya). Hakikatnya tidak begitu!
Kita tidak dilahirkan dengan tahap IQ yang sama dan ini perlu kita terangkan kepada para pelajar kita. Malah, kita semua patut sedar bahawa setiap orang mempunyai tahap IQ yang berbeza sejak lahir kerana itulah ada gelaran “anak cerdik”, “pelajar genius” dan sebagainya.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh seorang profesor bedah saraf dari Rusia, Prof Anokhin, beliau mendapati orang yang genius mempunyai susunan urat saraf yang berserabut. Sedangkan orang yang kurang cerdik, tidak. Malah, mungkin antara kita pernah mendengar bahawa orang yang bijaksana mempunyai lipatan otak yang lebih banyak berbanding orang yang lembam.
Ini adalah hakikat sebenar yang perlu diketahui oleh kita semua termasuk para pelajar dan anak-anak kita. Bukan itu sahaja, beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa kecerdikan ini juga boleh dipengaruhi oleh faktor keturunan, makanan, persekitaran, cara didikan dan sebagainya. Oleh itu, tidak hairanlah apabila kita sering temui adik beradik yang cerdik berbanding rakan mereka yang lain atau pelajar dari bandar lebih cerdik daripada pelajar luar bandar.
Untuk apa kita mengetahui semua ini dan menerangkan kepada pelajar-pelajar atau anak-anak kita?
Penerangan ini diharap dapat menyedarkan diri kita dan mereka bahawa “kecerdikan” itu bukan suatu MATLAMAT dalam pembelajaran mereka tetapi sebagai ALAT sahaja untuk menghadapi cabaran hidup mereka akan datang. Dalam konteks yang lebih sempit, kita boleh katakan kecerdikan itu akan dapat membantu mereka dalam dunia pekerjaan mereka nanti.
Oleh itu, apakah MATLAMAT yang perlu kita tanamkan kepada mereka??
SATU SAHAJA MATLAMATNYA!! dan amat jarang sekali kita menganggapnya sebagai MATLAMAT. Ia bernama USAHA,
Lihatlah di sekeliling kita. Kita terlalu berbangga apabila mendapat anak-anak yang sangat cerdik atau berasa amat kagum melihat pelajar-pelajar yang sangat bijak. Tetapi, berapa ramaikah di antara kita yang berasa bangga dan kagum melihat anak-anak atau pelajar-pelajar yang rajin berusaha (walaupun akhirnya mereka tidak mencapai tahap seperti yang diharapkan)??
Sepatutnya kita meletakkan USAHA sebagai matlamat dalam segala apa yang kita lakukan. Malah, kita sepatutnya lebih merasakan perlu untuk berusaha berbanding memikirkan kejayaan yang bakal dicapai. Saya tidak bermaksud mengatakan kejayaan itu tidak penting sama sekali dalam hidup. Kejayaan juga penting kerana ia memberi kita semangat dan boleh menjadi sandaran kepada usaha kita agar tidak “terlajak” atau “tersasar” dari matlamat kita. Dengan kata lain, jadikan USAHA sebagai perkara pertama dan KEJAYAAN sebagai perkara kedua. Oleh itu, marilah kita perbetulkan semula tanggapan kita selama ini.
Kenapa usaha lebih penting daripada kejayaan?
Tentu anda telahpun sedia maklum tentang kisah hidup Sufiah Yusof, pelajar yang genius dan berjaya menempatkan diri di Universiti Oxford pada usia yang sangat muda iaitu 13 tahun. Tetapi, lihatlah apa yang telah terjadi kepadanya sekarang. Ini bukan sahaja berlaku kepadanya, tetapi turut terlaku kepada ribuan lagi kanak-kanak genius seluruh dunia sejak dahulu lagi. Dan mungkin keadaan ini akan terus berlaku di tahun-tahun yang mendatang.. Adakah kita mahu biarkan keadaan ini berlalu begitu sahaja? Tiadakah apa-apa yang boleh kita lakukan demi menyelamatkan kanak-kanak genius dan meningkatkan pula keupayaaan anak-anak atau pelajar-pelajar berIQ biasa?
Menurut penyelidikan yang telah dilakukan kepada kanak-kanak berIQ tinggi, kebijaksanaan mereka telah menyebabkan mereka kurang berusaha dan bekerja keras. Sebagai contoh seorang pesara bernama David Heigham sering merasakan kerja sekolahnya di waktu kecil dahulu terlalu membosankan. Oleh itu, dia hanya berusaha secara sederhana sahaja kerana menyangka dia tetap akan berjaya dalam pelajarannya. Hasilnya, dia tidak berjaya meningkatkan potensi dirinya sebaris dengan orang lain yang terkenal berjaya dengan usaha gigih..
Keadaan sebaliknya berlaku ke atas tokoh-tokoh ilmuan terkenal seperti Albert Einstein, Thomas Alva Adison dan yang lain-lainnya. Sebagai contoh, Alber Einstein sebenarnya pernah gagal dalam peperiksaan utama sekolah rendahnya. Tetapi, lihatlah sekarang, dia telahpun berjaya menempatkan diri sebaris dengan orang-orang yang berjaya dalam bidangnya.
“USAHA”. Inilah perkataan yang perlu kita sematkan dalam jiwa kita dan anak-anak serta para pelajar kita. Dengan itu, kita akan terus mencari-cari jalan memperbaiki kualiti diri dan usaha ini pasti tidak akan terhenti. Kenapa? Kerana matlamat kita adalah USAHA.
Ada kata-kata hikmah berbunyi:“ALLAH tidak memandang kepada kejayaan yang telah kita capai, tetapi sejauh mana telah kita usahakan”
Sunday, November 15, 2009
PKGB UIA cohort 2 convocation day
Last 110f oktober we PKGB cohort 2 had a thirlling expericienced of our convocation day. Of course it will be the most cherish memory and what best is we were able to conduct a Graduation High Tea whereby all members and their family were invited. The best moments were we were able to gather all the kuliah mates and here are the photos....
Friday, August 14, 2009
SMART SCHOOL QUALIFICATIONS STANDARD
Yesterday,14th of August 2009, a meeting was held to all teachers in SK selayang Jaya to know and survey their know how and knowledges on their abilities and responsibilities to use ICT in their teaching and learning process. This is because to meet the needs of Smart School Qualifications Standard. To all teachers you are able to know more about this at http://ssgs. moe.edu/ssqs. Please click at the link list next to this post
Tuesday, August 11, 2009
English Grammar Online … the fun way to learn English online
To all english teachers, here I would like to share on how to teach your pupils to read and learn English on line. Please click to this address www.project child.net or you can ask your pupils or students to browse http://www.ego4u.com
Monday, August 10, 2009
STORY FROM MY FACEBOOK. PLEASE READ.ABOUT H1NI
JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS...MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB.....
My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar....
No one bothered in the hospital and he was put in the norm al ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room...
Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father...
First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem.
Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simple prescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya...selawat 3x...
EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE
for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip....
ALHAMDULILLAH...my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday Wednesday....she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat norm ally...all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)...
This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, INSYA'ALLAH!!!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!!

CARILAH ILMU TENTANG HARTA PUSAKA
Kedua ibubapa yang tercinta telah meningal dunia ini dua tahun yang lepas. Mujurlah abang saya yang kelapan (kami mempunyai 12 org adik beradik)memikul tanggunjawab menguruskan pengurusan harta pusaka kedua2 ayah dan ibu. walaupun abg saya sangat amanah orangnya menjalankan tanggungjawab ini tetapi sudah tentulah beliau tersangat bimbang dan rungsing dengan segala tindak tanduk dalam pengurusan harta agar ianya tidak menyimpang dari garis panduan mengikut syarak sehinggalah saya dapat informasi ttg penmbahagian pengurusan harta pusaka melalui internet sehingga dapat mberkenalan dan berjumpa sendiri dengan seorang ustaz Ghazali Ibrahim yang telah menulis beberapa buah buku dan telah melatih 600 orang fasilitator ttg pengurusan harta pusaka. Beliau telah menjelaskan secara terperinci ttg pembahagiah tanah, rumah dan emas dengan begitu terperinci. Barulah abg dan saya menemui jalan yg sangat bahagia. Itupun ramai masih keliru ttg pembahagian emas yg prosesnya tidak cantik dan boleh dibershkan sekira ilmu ustaz ini digunapakai. Walahualam
Thursday, February 19, 2009
Thursday, February 12, 2009
Wednesday, February 11, 2009
Wednesday, February 4, 2009
Thursday, January 29, 2009
Eda 4212
Thursday, December 4, 2008
The main causes of liver damage are:
1. Sleeping too late and waking up too late are main cause.
2. Not urinating in the morning.
3. Too much eating..
4. Skipping breakfast.
5. Consuming too much medication.
6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring,and artificial sweetener.
7. Consuming unhealthy cooking oil. As much as possible reduce cooking oil use when frying, which includes even the best cooking oils like olive oil. Do not consume fried foods when you are tired, except if the body is very fit.
8. Consuming raw (overly done) foods also add to the burden of liver.
Veggies should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried veggies should be finished in one sitting do not store.
We should prevent this without necessarily spending more. We just have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits and time condition are very important for our bodies to absorb and get rid of unnecessary chemicals according to 'schedule.'
DO TAKE CARE ABOUT YOUR HEALTH....

PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk menc erna kan makanan yang banyak dimakan.
Miring ke sebelah kiri untuk menc erna kan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka
Saturday, November 29, 2008
40 KESILAPAN IBU BAPA
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat(tidak menjaga adab semasa jimak).
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali.

Anda mengalamai masalah sakit kepala,tertekan atau sering rasa mengantuk?Tahukah anda warna mampu menyelesaikan masalah tersebut....
HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA - WARNA MERAH kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakitkepala.oleh itu jika anda mengalaminya,letakkan tuala lembab berwarna merahdiatas mata anda.ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin.
MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA - WARNA BIRU anda rasa tertekan?cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.iaberupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanandarah.cuba ubah"screen saver" komputer anda kepada warna-warna yang dapatmembuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang.
ELAKKAN INSOMNIA - WARNA MERAH JAMBU jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam,apa kataanda mencuba petua ini.hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut.kajianmendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa.suasanayang romantik.......!
CERIAKAN MOOD ANDA - WARNA JINGGA apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda,cubasesuatu yg berwarna jingga.insyaallah pasti mood anda akan berubah.
LENYAPKAN KELETIHAN - WARNA HIJAU terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistemimunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni dalam badan.

BANTUAN KECEMASAN UNTUK ANGIN AHMAR
Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angina ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakanrakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.
Ianya amat Menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan. Bapa saya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu setelah terlantar lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan untuk pesakit angin ahmar.
Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Yayasan AMAL tidak mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri.
Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.
Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya, seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.
Subscribe to:
Posts (Atom)