1.       Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat 
2.       Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat(tidak menjaga adab semasa jimak). 
3.       Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak 
4.       Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak 
5.       Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak 
6.       Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan 
7.       Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan 
8.       Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak 
9.       Kurang melahirkan kasih sayang 
10.      Sering mengeluh di hadapan anak-anak 
11.      Tidak  meraikan  anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah 
12.      Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan 
13.      Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak 
14.      Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak 
15.      Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak 
16.      Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca 
17.      Mengizinkan  anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal 
18.      Tidak  menunjukkan  contoh  tauladan  yang  baik  di  hadapan anak-anak 
19.      Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak 
20.      Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak 
21.      Tidak menggunakan bahasa yang betul 
22.      Suka bertengkar di hadapan anak-anak 
23.      Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak 
24.      Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat 
25.      Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak 
26.      Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak 
27.      Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak 
28.      Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak 
29.      Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak 
30.      Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak 
31.      Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak 
32.      Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak 
33.      Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak 
34.      Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan 
35.      Sering mengancam dan menakutkan anak-anak 
36.      Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan 
37.      Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak 
38.      Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak 
39.      Tidak tegas mendidik anak-anak 
40.      Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali.
excellent blog
ReplyDeletekeep it up
may allah keep u safe with your family
Salam!! Wou, bagus sekali..kadang-kadang kita terlupa , nampaknyer kecil tapi memberi kesan yang sangat besar dalam kehidupan generasi akan datang. Ma Kasih.
ReplyDelete