Tuesday, January 5, 2010

DARI MEJA GURU BESAR 2010

SEKAPUR SIREH DARI MEJA GURU BESAR
TAHUN 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,guru-guru dan kakitangan dan seluruh warga sekolah,
Yang dihormati dan semoga dirahmati Allah swt.
Saya sangat rasa teruja sekali untuk memulakan bicara dengan kata-kata “One cannot change yesterday, but only make the most of today, and look with hope toward tomorrow”
Memang benar juga kata ulamak “ Bahawa Allah melihat apa yang kita usahakan, bukan kepada apakah hasil dari apa yang kita usahakan” . Kerana “. Hasil dari apa yang kita usahakan” wajiblah bersandarkan kepada doa yang berterusan serta ehsan dan rahmat ALLAH swt Maha Pencipta.

Dengan semangat ini, marilah kita terus berusaha terus menerus untuk memperbaiki dan memantapkan semua aspek pekerjaan dan proffesionalisma kita supaya kita melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti mengikut garis panduan memertabatkan modal insan, dan juga tugas kita seperti yang termaktup dalam PIPP dan seiring sejalan dengan NKRA (National Key Result Area) yang mana sekiranya kita cuba mendalami falsafah kedua-dua agenda pendidikan ini, kita mesti juga tanpa putus berdoa agar ALLAH swt memberi hasil yang diberkati oleh Nya

Oleh itu, kita mesti bersyukur dan redha kerana atas segala daya usaha kita yang terus melaksanakan program-program, aktiviti-aktiviti, kajian tindakan dengan berkorban masa dan tenaga demi pelajar kita , kita diuji dengan keputusan yang melonjak sebanyak 14.8% yakni dari dari 64.7% pada tahun 2008 kepada 78.8% tahun 2009 . Kualiti pelajar yang memperolehi 5A pun bertambah kepada 9 ke 13 orang. Percayalah sekali lagi “ Kita adalah apa yang kita usahakan beserta kesungguhan berdoa dari kita, pelajar dan ibu-bapa dan komuniti setempat.
Guru-guru sekelian.
Kita mesti terus mencari dan mengkaji kaedah bila berhadapan dengan proses pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah yang sesuai dapat membezakan antara yang benar dengan apa yang dikatakan kepercayaan. Kaedah dan metodologi jugalah memberi peluang untuk membetulkan idea yang tidak benar dan menyelesaikan pandangan yang berbeza antara kita dengan para pelajar kita. Bila kita cuba berusaha mendampingi kaedah-kaedah yang betul dengan mereka , kita akan merasakan nikmat sebenar tugas kita.. Ayuh carilah ilmu kaedah tersebut dengan cara-cara yang banyak terbentang didalam kehidupan kita, melalui pembacaan, dapatan, daripada lamam-laman sesawang eduweb, software-software dan dari pengalaman hidup kita sendiri.

Tahniah kepada semua untuk semua usaha cikgu dan saya akan bersama susah senang dengan kalian dan cuba bersama-sama dengan ‘stakeholder” agar usaha kita tidak akan menjemukan kita selagi kita bertugas sebagai pendidik.
“BERPENDIDIKAN, BERILMU, BERBAKTI”…………..
Terima Kasih

2 comments:

  1. Semoga azam tahun baru ini memberi semangat kepada kita melalui segala onak dan duri dunia pendidikan

    ReplyDelete
  2. ada tmpt lg ke utk saya di sana?

    ReplyDelete