Wednesday, February 24, 2010

Melaporkan Diri ke SK Taman Bukit Indah

Hari ini bersamaan 25hb.Feb 2010 saya telah mengubah rutin perjalanan bertugas saya menghala ke arah Bukit Belacan untuk melaporkan diri di sekolah SK Taman Bukit Indah. Perjalanan sudah tentu tidak serupa, kerana walaupun sekolah ini dikira dekat dengan tempat kediaman, saya terpaksa berhenti lebih kurang 8 lampu isyarat. Demi kepentingan perkhidmatan sekali lagi, perubahan ini sudah tentu menuntut persepsi dan kesabaran serta tatacara yang mungkin berbeza....
Saya sempat bertemu dan perkenalan dengan GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Murid dan GPK Ko-ku serta kakitangan pejabat serta beberapa org guru di kantin. Terima Kasih semua kerana memberi penerangan yang ringkas secara santai. Beberapa orang murid sempat bersalaman dengan saya.....terima Kasih

3 comments:

  1. Salam kak. Permulaan yang positif. Semoga kehidupan akak kan terus indah seindah nama sekolah baru akak tu. Selamat Maju Jaya!

    ReplyDelete
  2. Ingatlah cerita tentang orang yang baru pindah rumah sewa. Dia dapati banyak sangat paku di dinding sana dan di dinding sini. Dia bersungut, apalah orang ni, buat apa dengan paku begitu banyak dipaku didinding. Selepas beberapa lama, dia mula mencari-cari tempat yang sesuai untuk menggantung gambarnya, buat penyidai dalam rumah sebab di luar selalu hujan, nak gantung itu dan nak gantung ini. Ketika dia nak memaku dinding untuk meggantung gambarnya, pakunya betul-betul polos pada lubang bekas paku yang pernah dicabutnya. Demikianlah seterusnya, setiap kali dia hendak memaku dinding, telah sedia ada bekas paku lama. The moral of the story, jangan terus membuang dan menyalahkan apa yang orang terdahulu buat. Mungkin ada sebab kenapa dia buat begitu. Jika dah pasti apa yang dilakukan tidak sesuai dan perlu diubah, barulah kita ubah. Moving to a new school seems to be the same. take time to understand the present culture, take time to know the environment. Its ok if you take a slightly longer time to make changes, as long the changes you make are appropriate and tidak menyebabkan kejutan budaya. Have a great day and take care. Mohd.Yatim Dolir

    ReplyDelete
  3. Ayat yang akhir tu buat saya peliklah pulak.

    ReplyDelete