Sunday, October 17, 2010

PEMBENTANGAN BUKU MENGGANTIKAN LADAP

Selamat sejahtera terutamanya AIDA ALI....,

Apabila Kementerian Pelajaran Malaysia menghantar siaran pada 22hb. Mac yang lalu agar sekolah dapat melaksanakan Kaedah Latihan secara Pembacaan Buku dan membentangkan nya, saya sangat-sangat menyokong program ini. Pertamanya kerana saya anggap saya adalah seorang yang sangat suka membaca, samada buku-buku ilmiah, buku2 masakan kerana saya memang memasak untuk keluarga, buku -buku tentang kaunseling dan perkembangan aktiviti manusia dan persekitaran, majalah-majalah seperti hidayah, mastika dan yang terakhir saya telah banyak menumpukan pembacaan kepada majallah SOLUSI. Majallah solusi ini banyak memberi kesedaran pada saya melalui cara-cara setiap pengarangnya mengupas tentang kehidupan kita sebagai seorang Muslim dan caranya sangat teratur dan terperinci.

Jadi saya menyahut seruan kementerian dan terus menggazetkan nya kepada semua guru-guru. Saya memberi taklimat khas bagaimana guru-guru mesti proaktif terhadap program ini. Saya mengedarkan borang-borang bagi memastikan guru2 terlibat bersungguh-sungguh membaca dan mereka perlu berkongsi segala ilmu melalui pembacaan mereka.

Hari yang ditunggu-tunggupun tiba, Saya telah memilih tarikh yang akhirnya dapat diimplementasikan kehendak ini pada 2hb oKt 2010 yang lalu dengan memilih secara rambang guru-guru yang kena membuat pembentangan hasil dari pembacaan buku-buku mereka
. Sebelum pembentangan, saya sempat berjumpa dan berbincang dengan para pembentang dan menyusun pembentangan mereka mengikut kategori buku agar pembentangan tidak ada pertindihan topik dan membahagikan agar ada yang berilmiah, santai, tentang kesihatan, tentang disiplin dan sebagainya.

Tarikh 2hb tu dipilih kerana kami pihak pentadbir sepakat mengadakan 'Open House" Hari Raya pada pukul 12.30 tgh. Oleh itu mulai jam 8 pagi semua pembentang buku dikehendakki memasukkan power point atau apa sahaja yg menyokong pembentangan buku mereka agar dapat menarik minat pendengar. Guru-guru lain di beri kumpulan-kumpulan untuk menilai setiap pembentang melalui borang-borang khas,

Memang berjaya pembentangan ini dan guru-guru mendapat maklumat hands on dari rakan sejawat mereka sendiri.Saranan, nasihat dan ilmu terus diberi input kepada yang mendengar dan sangat efektif cara guru-guru sbgai pembentang ini membentangkan buku mereka dengan mengaitkan pembacaan mereka dengan tugas mereka dan secara langsung menaikkan semangat rakan sejawat mereka dalam menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan kepada mereka

Lihatlah komen-komen saya terhadap guru-guru yang berjaya membentangkan pembacaan buku mereka;

1.Semuanya
Byk ikhtibar yg sy dpt drp pembentangan buku hari ini. Pembentang semuanya membuktikan kebolehan cikgu memberi ilmu dgn gaya sendiri, Semua ade very good pontensi utk menjadi penceramah yg baik, tahniah n terima kasih.
2.To melyza,
anda memberi sentuhan dihati agar memerhati murid bermasalah kendiri. Rupenya kanak2 begini tak mempunyai profil tertentu. Thanks 4 the film gazet and u tube. So, kita mesti berperanan sbg pendidik, TQ really touching... Tajuk Buku " Nineteen minutes" by Jodi Picoult

3.Kpd sahrifah noorul huda, -
anda membuat sy menangis dgn kata2. Letaklah harapan sehingga kalau tak berdaya kembalikan harapan tu pd yang maha Berkuasa. Sgt tersentuh dan TQ for the kopiko being delivered while memberi ilmu.mmg best. Tajuk Buku:" Guru sebagai pendorong diBilik Darjah"

4.To Hafeze,
anda di beri kelebihan oleh ALLah mpunyai sedikit unsur humor dlm diri, hargainya untuk jalan yg lurus bukan bengkok2. Tentu murid2 sayangi anda dgn kelebihan ini, TQ for enlightened semua yg mendengar. Page 60 ke 90, sy nak check, TQ Tajuk Buku " Humor dalam Pengajaran"

5.Zalinah,
anda telah benar2 menerangkan jantung dan peranannye, siap dgn cara muhasabah diri serta makanan2 sihat, Bile kita terlalu sibuk bekerja kite terlupa menghargainye. takut insaf ni hanya sekejap...Tp buat sy lebih berhati2 . TQ . Tajuk Buku " Kesihatan jantung"
6.Zabidi,
Rupe nye ceria iru juga melalui hidayah ALLAH...dan yg sgt tersentuh bile anda menyatakan bahawa "Kita kena terima kita seadanya" dan alngkah bahagianyeklau kita menerima rakan sejawat di SKTBI seadanye dan semua org menerima kita seadanye. Terima kasih untuk ayat2 ini. Tajuk Buku " Petua untuk sentiasa ceria"
7.Awang Petra...
Bahagianye Allah pilih anda dari berjuta manusia utk ILMU SENI yg meliputi diri anda. Sentuhan seni cikgu berupaya mbuat yg lain seperti tak punye ape2, Hargailah pemberian ini dan sebarkanlah kemahiran ini utk dimanfaatkan semua. Kami pun mmg bersedia menghargainya,Kesungguhan anda mbawa altan2 amat dihargai. TQ
PUKUL 12,30 TGH selesai pembentangan buku dan semua rasa puas hati dan menjamu selera di jamuan Hari Raya pentadbir. Terima kasih semua

1 comment:

  1. Komen yang bernas dan menyeluruh. Tahniah buat Guru Besarnya!

    ReplyDelete