Thursday, January 6, 2011

LAWATAN NAZIR DIHARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2011

Setibanya saya disekolah pada pagi 3hb jan 2011, saya agak terkejut ada tetamu yang sedang berbincang dibilik penolong kanan tadbir. Setelah menulis nama dan punch card tetamu tersebut memandang kearah saya dan dikenalkan oleh En. yusof GPK tadbir bahawa tetamu tersebur sebagai cik Ayu ,pegawai nazir dari jaminan Kualiti Negeri Selangor. Setelah memperkenalkan diri saya telah mendapat taklimat ringkas tujuan kunjungan beliau kesekolah ini. Beliau ingin melihat suasana dan perjalanan hari pertama persekolahan 2011. Kami sama turun ke tapak perhimpunan dan menyatakan saya perlulah meneruskan agenda sekolah pada hari ini dan beliau akan memantau mengikut pemantauan bertema prosidur lawatan nya.

Beliau telah sempat membuat pertemuan dengan ketua panatia bahasa Inggeris dan panatia bahasa melayu tentang MBMMBI . suasana perhimpunan dijalankan seperti biasa dengan Pn Normah guru kaunseling memberi taklimat ringkas tentang peraturan sekolah dan ada terdapat ibubapa mendengar dan memerhati sama taklimat ini. bagi saya memang elok lah ibubapa mendengar sama taklimat ringkas ini agr mereka dapat terus bertindak untuk anak-anak mereka.

ucapan saya lebih bertumpukan visi dan misi sekolah agar difahami oleh murid-murid dan mengulas secar ringkas dengan ayat-ayat yang mudah.Selepas perhimpunan murid bersama guru kelas atau guru mata pelajaran pertama menaikki tangga seperti yang telah ditetapkan Unit Disiplin sekolah.

Pukul 12.30tgh kami semua pentadbir sekolah di beri taklimat ringkas dan beliau melihat bebrapa dokumen mengikut senarai. Antarnya pelan jangka pendek dan panjang setiap unit. memanglah semua dokumen yang ingin dimantau tidaklah seberapa lengkap tetapi memamg ada unit-unit yang telag lengkap pelan strategik.

hasil daripada perbincangan dua hala banyak informasi dapt dijadikan penambahbaikan untuk saya dan penolong kanan dalam mempertingkatkan urus tadbir sekolah ini dan memberi menafaat kepada guru-guru untuk lebih bertugas lebih proffesional demi kemenjadian murid

Pegawai nazir sempat berbincabg dengan guru pusat Sumber dan memberi tips dan semangat dalam beliau melaksanakan program nilam peringkat sekoalh
beliau telah sempat mencerap 5 orang guru sesi pagi dan melihat perjalanan Program Transisi tahun satu. Beliau menamatkan pemantauan nya jam 5 petang. terima kasih lah Cik Ayu Mahyuni.......

1 comment: