Wednesday, January 5, 2011

PERSEDIAAN SEBELUM PERSEKOLAHAN 2011





Maaf kepada pembaca blog guru besar-guru besar terutamanya Aida Ali yang saya ketinggalan hal-hal peribadinya yg menganggu juga tugas professionalismanya. Saya tumpang sedih dihari pertama rakan GB yg rapat dalam blogger ini tercedera setelah terjatuh dari tangga rumahnya. Saya mengharabkan aida sabar menghadapi situasi ini. Tapi sy ingin mengucapkan shabas pada beliau kerana terus berkongsi cerita dan pengalaman tentang sekolahnya dari masa ke semasa.

Pada hari pertama persekolahan, selaku GB saya sangat bersemangat jiwa, raga dan tenaga saya. Seawal 7 pagi saya datang sekolah (Selalu sy tiba dalam jam 7.10 ke 7 15) kerana jalanraya sentiasa sesak dari jalan Ampang ke Flamingo) Itu pun saya keluar dari rumah pukul 6.35 pagi) Kenapa bersemangat? Kerana ini adalah pengalaman pertama menghadapi Hari pertama disekolah yang baru ditadbir iaitu 9 bulan disini. walauapa pun saya dan GPk telah sangat bersedia untuk memulakan sesi ini memandangkan kami berlima sentiasa berada disekolah bagi menyiapkan segala dokumentasi yang perlu dan telah berjaya mengadakan mesyuarat dengan padat bagi membincangkan kerangka tugas 2011 secara intensif bermula 27-30 dec 2010 yang lalu.

Hampir semua aspek disentuh secaca comprehensif dan taklimat dan inhouse training di KSSR dijalankan dengan penuh soal jawab serta semnagat ingin tahu guru2. Petang khamis 29hb guru -guru bergotong royong membersihkan kelas dan memindahkan kerusi meja untuk tahun 1 ke bawah dengan kerjasama Pekerja kebersihan swasta. OK lah semua sudah sedia. meja kerusi disediakan mengikut jumlah murid oleh semua AJK Unit HEM.

Kepada peminat Facebook semua gambar-gambar perihal hari ni byk dikongsikan bagi melihat serta meyakinkan seluruh warga sekolah tentang tugas dan tanggungjawab yg sebenar kita lakukan demi kemenjadian murid dan sekolah.

1 comment:

  1. Ala kak.... terasa glamorlah pulak saya ni hehe. Akaklah idola saya. Teruskan semangat juang akak itu, anak-anak buah pasti bangga.

    ReplyDelete