Friday, June 10, 2011

PELANCARAN AKTIVITI-AKTIVITI BULAN PANATIA

Peranan Panatia-panatia pelajaran adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran antaranya adalah:

1. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran
2. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran
3. Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi /target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
4. Mewujudkan semangat kerjasama di antara mata pelajaran dengan persatuan kelab akademik

Oleh kerana itu pelbagai gaya dan cara AJK panatia membuat pelancaran Bulan panatia masing-masing. Selalunya pelancaran bulan panatia ini dibuat acara perasmian pada Isnin pertama setiap bulan pada waktu perhimpunan.

Saya sangat menghargai cara mereka membuat gimik pelancaran panatia mereka.Mereka akan cuba membuat sesuatu yang menarik perhatian murid-murid malah kepada rakan-rakan guru yang lain. Semangat mereka merekacipta gaya pelancaran panatia sehingga berusaha melatih murid-murid antaranya: bercerita, berpidato, choir, berlakon, talidra, menyanyi samada solo dan kumpulan, dan pelbagai acara yang mengikut citarasa AJK panatia masing-masing

Sudah semestinya saya diberi peluang memberi ucapan perasmian.Seperti biasalah saya akan mengucapkan terima kasih kepada AJK panatia terlibat dan membakar semangat murid-murid agar melibatkan diri dan memasuki semua pertandingan dan aktiviti yang dianjurkan oleh setiap panatia tersebut. Selalunya di mana-mana sekolah, program panatia dilaksanakan dalam tempoh sebulan mengikut takwim sekolah dan sudah semesti setiap panatia mempunyai cara tersendiri memeriahkan aktiviti panatia masing-masing termasuklah pameran,tayangan, melukis, bercerita dan lain-lain yang bermanfaat kepada murid-murid. Jom kita lihat acara dan gaya perasmian bulan panatia sekolah ini yang sempat dirakamkan bermula Januari 2011


Bulan Panatia matematik
Gazet pelancaran adalah dengan memotong kek. Kelihatan ketua panatia memberi ucapan mempromosikan aktiviti-aktiviti dan program yang dijalankan sepanjang bulan panatia ini. Murid-murid diberi kesempatan membaca biodata tokoh tokoh ilmuan matematik Islam

Tahniah kepada semua AJK Panatia matematik

Panatia Bahasa Inggeris

Panatia Bahasa Inggeris memecahkan ketulan ais sempena pelancaran,bulan panatia nya
En Zulfadli selaku pengerusi majlis tersebut menjemput pelajar untuk mempersembahkan "Public Speaking" dan pelajar tersebut adalah pelajar yang memenangi "Public Speaking"peringkat daerah dan wakil gombak ke pertandingan peringkat negeri SelangorPasukan "Choral speaking" Yang memenangi Johan peringkat daerah turut serta membuat persembahan sebagai salah satu acara yang memeriahkan perasmian Bulan panatia Bahasa Inggeris. Tahniah







Panatia Siviks dan Warganegara/ Kajian Tempatan sempena Bulan Anti dadah

Perasmian dilakukan dengan menjemput Guru Besar dan Penolong Kanan serta semua guru menandatangani papan putih sebagai simbol semua warga sekolah benci kepada kegiatan penyalahgunaan dadah. Pelbagai acara diadakan antaranya guru-guru secara berkumpulan membuat Mural mengikut kreativiti masing-masing











Papan putih yang telah ditandatangani oleh guru-guru.

Seorang murid membacakan sajak anti penyalahgunaan dadah dan banyak lagi bakat murid yang dipersembahkan.



Begitulah di antara yang dapat dikongsikan tentang peranan panatia dan cara mereka melaksanakan progran di peringkat sekolah
Terima kasih semua warga sekolah. Semoga apa yang telah diusahakan dilaksanakan adalah untuk kemenjadian murid.

No comments:

Post a Comment