Saturday, June 11, 2011

PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK

Semalam saya cuba bersemangat untuk membaca sebuah buku yang ditulis oleh Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni berjudul "PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK." . Seingat saya, buku ini dibeli untuk seorang rakan Guru Besar yang bersara pada bulan Julai tahun 2010. Lantaran itu saya beli dua buah buku ini , satu untuk simpanan dan bacaan saya dan sebuah lagi saya telah hadiahkan kepada Guru Besar tersebut. Oleh itu tanpa segan silu, saya sebenarnya meletakkan buku ini sebagai salah satu koleksi buku-buku di almari dirumah. Biasalah, saya memang minat kepada buku-buku begini tapi tiada kesempatan membacanya.Kerap buku dijadikan koleksi....tanpa membukanya dengan harapan suatu hari nanti akan membacanya tetapi bila terluang membaca tidak menjadi keutamaan ........

Barulah semalam saya bersungguh-sungguh membacanya dan penyesalan datang bertubi-bertubi ..kenapalah buku ini tidak dibaca lebih awal....Penulis ini telah menulis 309 topik topik berunsur nasihat, slot- slot cerita pendek berasaskan agama, kata-kata motivasi, dan pelbagai topik yang lain . Antara yang menyentuh hati dan perasaan adalah topik "MEMBACA" di muka surat 313 yang dipersembahkan begini..............

Wahyu yang pertama turun adalah: Ertinya:
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhannu Yang Menciptakan" (Al-A'laq: 1)

Sebaik;baik kawan pada saat duduk adalah buku. Kenikmatan yangpaling besar adalah membaca hasil karya akal fikiran para ulama. Barangsiapa yang selalunya berkawan dengan lembaran, maka ia akan mendapat kemuliaan. Seseorang tidak membaca sebuah buku kecuali ia akan mendapat faedah. Harta rampasan perang yang paling menguntungkan adalah memetik hikmat daripada lembaran-lembaran buku.

Kata penulis lagi,,,,
Catatlah kembali huruf-huruf ilmu di papan tulis hatimu. Tulislah baris-baris faedah yang kamu dapatkan pada lembaran jiwamu. Bercelaklah dengan kalimat-kalimat pengetahuan supayakamu boleh melihat tanda-tanda keagungan Allah swt. samada di langit mahupun dibumi. Pada saat kamu berseorangan bersama buku, seperti kamu telah melintasi tahun dan masa, maka kamu akan dipanggil oleh berbagai nasihat, kamu akan diasah oleh berbagai pengalaman dan kamu juga akan dibuat terkagum-kagun oleh pelbagai kejaiban


Perahlah susu ilmu dari puting kertas-kertas buku, kerana di dalam buku terdapat kerajaan hasil karya akal fikiran. Orang yang mempunyai buku dan sentiasa berdamping dengan nya jauh lebih kaya berbanding Qarun bersama gudang hartanya, lebih mulia barbanding Nu"man bersama jurululisnya


Perbanyakanlah membuka dan "memeriksa "buku. Apalah faedah usia apabila tidak membaca, dan bagaimana hidup boleh senang jika tanpa buku.....Seluruh bangsa dan kejayaan yang sebelum ini adalh telah musnah, pusat membeli belah mati, rumah rosak, istana-istana runtuh, taman-taman dan kebun-kebun musnah, manusia-manusia akan dan telah mati, tetapi hikmat masih lagi bertahan hidup dalam buku-buku, pengetahuan masih lagi uth dalam lembaran0lembaran kertas dan ilmu masih lagi kekal dalam karangan-karangan tulisan, harta peninggalan ilmu pengetahuan masih lagi abadi, tidak akan habis,,,,. sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dirham dan dina, tetapi mereka mewariskan ilmu..


Diakhiri topik ini dengan: ""Tempat yang paling baik didunia ini adalah punggung kuda, dan sebaik-baik kawan pada setiap masa adalah buku"


Terasa sedih dan pilu membaca nasihat membaca yang bersungguh-sungguh oleh penulis ini. Betapa kerdil dan daifnya terasa diri ini apabila banyak buku dikumpulkan tetapi banyak juga yang masih belum dibuka.....lantas fikiran mula mengimbau apakah yang dilakukan di masa-masa yang lalu sehingga kadang-kala dan kerapnya masa berlalu tanpa membaca.......


Mulai hari ini saya akan bertekad mengambil buku-buku yang dijadikan pameran dirak buku dan akan mula membacanya..supaya tiada lagi penyesalan melanda....Syukur..Ya Allah swt kerana Engkau buka pintu hati ini untuk memulakan bacaan dengan .." Pengalaman Adalah Guru Terbaik"



















1 comment:

  1. Salam kak. Saya lama dah singgah baca entri akak ni tapi tak komen... Apapun betul sangat kata-kata akak tu. Saya pun lama sangat dah tak membaca. Perlu diubah tabiat ini, Insya Allah.

    ReplyDelete