Wednesday, June 22, 2011

Gaya dan Reaksi warga sekolah pada 20hb.June 2011






Suasana yang bersahaja dan bukan dipaksa-paksa........kadang-kadang sesuatu yang meriangkan suasana datang tiba-tiba....





Hari ini seperti biasa perhimpunan Isnin dijalankan seperti biasa. Tetapi AJK Panatia Sains pula membuat giliran melaksanakan pelancaran bulan panatia nya. Menarik gimik kali ini , saya diberi peluang pula melepaskan 3 ekor ikan ke dalam akuarium yang disediakan di atas pentas. Yang mencuit hati sekumpulan pelajar lelaki mempersembahkan boria yang memberitahu tentang bongkah-bongkah. Terima kasihlah kepada guru yang melatih kumpulan ini, tetapi guru kena memupukkan keyakinan murid-murid ini apabila berada dipentas. Memang saya dapati kebanyakan murid-murid yang membuat persembahan tidak ada keyakinan dan terlalu timid apabila mempersembahkan sesuatu di atas pentas. Perkara ini perlu diperbaiki oleh guru-guru sekira ada yang membaca saranan ini dan uar-uarkan lah kepada rakan seperjuangan anda.




Apa yang menarik saya sempat melihat gambar-gambar yang dimasukkan dalm FB organisasi sekolah dan cuba lihat telatah, gaya dan stail guru-guru dan murid-murid pada hari ini yang memang lain sedikit..cuba layan....







Segelintir reaksi guru-guru lelaki.......Hai apa-apa pun boleh..ada yg riang, ada yg risau

Gaya murid-murid...entah suka entah tidak.....

Guru besar dah macam nak rebah..... Yang menung ..memikirkan .....

Yang tertanya-tanya, dan yang mencuit hati


Setiap waktu dan saat dalam kehidupan kita ada sesuatu yang akan menjadi kenangan yang sukar dilupakan..dan hari ini adalah antara nya. Semoga hidup ini terus mendidik jiwa kita bersemangat dan berwibawa untuk meniti hari-hari dan waktu seterusnya....

Pendidikan bermula dengan kehidupan.Pendidikan itu hanya sebagai proses melatih akal, jasmani dan moral manusia supaya menjadi warganegara yang baik-John dewey

Semua pendidikan bermula dengan kerja. Peradaban yang sebenar dapat dicapai dengan hati yang sabar.Hanya dengan membiasakan diri, kita membayangkan semua kepada kebenaran, kita dapat mengetahui apa yang indah dan apa yang tidak-John Ruskin

SELAMAT MAJU JAYA..






















No comments:

Post a Comment