Tuesday, July 19, 2016

Assalamualaikum,
Setelah sekian lama tidak mengunjungi blog saya yang saya sangat rindui dan sayangi ini, hari ini, tatkala ini saya yakin telah tiba masanya untuk mengaktifkan semula jiwa penulisan saya yang telah lama saya tinggalkan semenjak diganggu oleh oleh media sosial yang lain seperti what up, twitter ,, instagram. Sememangnya saya tidak dapat menafikan yang meluahkan rasa, idea, citarasa dan lain-lain melaui penulisan adalah lebih menepati jiwa ini dengan syarat apa yang akan ditulis itu mendapat manfaat untuk diriku dan yang minat membaca blog-blog.

Kepada kawan-kawan sejawat yang sama-sama diamanahkankan mengurus dan mentadbir sekoah seperti Pn Noraini Din yang sekarang menerajui SK Bandar Tasik Puteri Rawang dan Rohaida Md Ali , Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Sepang dan rakan-rakan Guru Besar  seperti Sukimin yang menjadi Admin Blog Blog Rasmi MGB, kalian tetap sebagai pendorong untuk saya terus menulis terutama perkara-perkara dan hal-hal sekolah dan pendidikan.

Untuk pengetahuan rakan-rakan saya telah mula bertugas di Daerah Sepang mulai 9hb Mei 2016 setelah berkhidmat hampir 28 tahun di daerah Gombak dan setelah berkhidmat hampir 7 tahun di SK Taman Bukit Indah , Ampang Gombak. Sekolah sekarang adalah SK Sg Rawang, Sepang yang 30km dari rumah saya di Salak Tinggi. Terlalu banyak perbezaan antara nya enrolmen murid disekolah sekarang hanya 585 orang berbanding hampir 2000 murid disekolah dahulu. Suasana sudah tentu berbeza,tersangat tenang dan tiada unsur-unsur 'berebut" dan ruang terlalu banyak untuk buat segala macam aktiviti sekira warga sekolah mengambil peluang jika nak  dibandingkan dengan sekolah dibandar yang sangat  berpusu-pusu untuk segala macam aktiviti.

Betul seperti kata pakar-pakar  "What Is school Institution?" There is no two same school in this world" Apa tah lagi dengan suasana dan lokasi serta komuniti yang sangat berbeza. Tetapi apabila kita ini bekerja dengan satu sistem dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia , saya percaya kerja buat dan amanah kita sangat sama, matlamat,pun sama dengan berpegangkan visi dan misi yang sama

No comments:

Post a Comment