Friday, March 22, 2013

Assalamualaikum, terutamanya Aida Ali rakan blogger. hari ini tarikh 21hb march 2013 tepatlah terbukti yg setahun saya tidak memperdulikan Blog saya. Kali terakhir saya menulis adalah pada 21hb march 2012. Secara tetiba sahaja saya membuka blog ini semula dan agak terkejut dengan tarikh 21 march 2012 adalah usaha terakhir menulis dalam blog ini. Dan hari ini saya sangat bersedih akan pemergian seorang ulamak Syria yg syahid bersama 44 orang jemaah yang dibom tatkala mereka sedang menghadiri ilmu Qalam Allah swt. Memang benarlah diakhir zaman ini ulamak ulamak ditarikh satu persatu di bumi ALLAH dengan pelbagai cara. Keujudan nya disedari selepas ketiadaanya . Alangkah pilu hati ini. tambahan pula saya dapat melihat foto Ust Zaharuddin Abd Rahman bersama tokoh ulamak tersebut. Beruntunglah sesiapa yang mendekati ulamak kerana memperolehi ilmu-ilmu untuk memberi pengajaran dan kesedaran tentang kehidupan yang lurus dimuka bumi ini. Kepada maha Pencipta " sesungguhnya kami manusia yang hina ini memerlukan para ulamak untuk mempraktiskan susur galur kehidupan..peliharalah mereka dengan kasih sayang MU Ya Allah dari generasi ke generasi..

1 comment:

  1. Waalaikumsalam wbt kak Milah. Saya baru terbuka blog akak ni. Fuuhhh selepas 2 tahun!! Semoga hubungan silaturrahim kita berkekalan hendaknya demi memartabatkan pendidikan anak-anak kita..

    ReplyDelete