Tuesday, July 19, 2016
Setelah sekian lama tidak mengunjungi blog saya yang saya sangat rindui dan sayangi ini, hari ini, tatkala ini saya yakin telah tiba masanya untuk mengaktifkan semula jiwa penulisan saya yang telah lama saya tinggalkan semenjak diganggu oleh oleh media sosial yang lain seperti what up, twitter ,, instagram. Sememangnya saya tidak dapat menafikan yang meluahkan rasa, idea, citarasa dan lain-lain melaui penulisan adalah lebih menepati jiwa ini dengan syarat apa yang akan ditulis itu mendapat manfaat untuk diriku dan yang minat membaca blog-blog.
Kepada kawan-kawan sejawat yang sama-sama diamanahkankan mengurus dan mentadbir sekoah seperti Pn Noraini Din yang sekarang menerajui SK Bandar Tasik Puteri Rawang dan Rohaida Md Ali , Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Sepang dan rakan-rakan Guru Besar seperti Sukimin yang menjadi Admin Blog Blog Rasmi MGB, kalian tetap sebagai pendorong untuk saya terus menulis terutama perkara-perkara dan hal-hal sekolah dan pendidikan.
Untuk pengetahuan rakan-rakan saya telah mula bertugas di Daerah Sepang mulai 9hb Mei 2016 setelah berkhidmat hampir 28 tahun di daerah Gombak dan setelah berkhidmat hampir 7 tahun di SK Taman Bukit Indah , Ampang Gombak. Sekolah sekarang adalah SK Sg Rawang, Sepang yang 30km dari rumah saya di Salak Tinggi. Terlalu banyak perbezaan antara nya enrolmen murid disekolah sekarang hanya 585 orang berbanding hampir 2000 murid disekolah dahulu. Suasana sudah tentu berbeza,tersangat tenang dan tiada unsur-unsur 'berebut" dan ruang terlalu banyak untuk buat segala macam aktiviti sekira warga sekolah mengambil peluang jika nak dibandingkan dengan sekolah dibandar yang sangat berpusu-pusu untuk segala macam aktiviti.
Betul seperti kata pakar-pakar "What Is school Institution?" There is no two same school in this world" Apa tah lagi dengan suasana dan lokasi serta komuniti yang sangat berbeza. Tetapi apabila kita ini bekerja dengan satu sistem dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia , saya percaya kerja buat dan amanah kita sangat sama, matlamat,pun sama dengan berpegangkan visi dan misi yang sama
Friday, March 22, 2013
Wednesday, March 21, 2012
PRINSIP KERJA X-PLUS-KPPM


Wednesday, June 22, 2011
Gaya dan Reaksi warga sekolah pada 20hb.June 2011


Suasana yang bersahaja dan bukan dipaksa-paksa........kadang-kadang sesuatu yang meriangkan suasana datang tiba-tiba....


Segelintir reaksi guru-guru lelaki.......Hai apa-apa pun boleh..ada yg riang, ada yg risau


Gaya murid-murid...entah suka entah tidak.....


Guru besar dah macam nak rebah..... Yang menung ..memikirkan .....


Yang tertanya-tanya, dan yang mencuit hati
Setiap waktu dan saat dalam kehidupan kita ada sesuatu yang akan menjadi kenangan yang sukar dilupakan..dan hari ini adalah antara nya. Semoga hidup ini terus mendidik jiwa kita bersemangat dan berwibawa untuk meniti hari-hari dan waktu seterusnya....
Pendidikan bermula dengan kehidupan.Pendidikan itu hanya sebagai proses melatih akal, jasmani dan moral manusia supaya menjadi warganegara yang baik-John dewey
Semua pendidikan bermula dengan kerja. Peradaban yang sebenar dapat dicapai dengan hati yang sabar.Hanya dengan membiasakan diri, kita membayangkan semua kepada kebenaran, kita dapat mengetahui apa yang indah dan apa yang tidak-John Ruskin
SELAMAT MAJU JAYA..
Saturday, June 11, 2011
PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK

Barulah semalam saya bersungguh-sungguh membacanya dan penyesalan datang bertubi-bertubi ..kenapalah buku ini tidak dibaca lebih awal....Penulis ini telah menulis 309 topik topik berunsur nasihat, slot- slot cerita pendek berasaskan agama, kata-kata motivasi, dan pelbagai topik yang lain . Antara yang menyentuh hati dan perasaan adalah topik "MEMBACA" di muka surat 313 yang dipersembahkan begini..............
Wahyu yang pertama turun adalah: Ertinya:
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhannu Yang Menciptakan" (Al-A'laq: 1)
Sebaik;baik kawan pada saat duduk adalah buku. Kenikmatan yangpaling besar adalah membaca hasil karya akal fikiran para ulama. Barangsiapa yang selalunya berkawan dengan lembaran, maka ia akan mendapat kemuliaan. Seseorang tidak membaca sebuah buku kecuali ia akan mendapat faedah. Harta rampasan perang yang paling menguntungkan adalah memetik hikmat daripada lembaran-lembaran buku.
Kata penulis lagi,,,,
Catatlah kembali huruf-huruf ilmu di papan tulis hatimu. Tulislah baris-baris faedah yang kamu dapatkan pada lembaran jiwamu. Bercelaklah dengan kalimat-kalimat pengetahuan supayakamu boleh melihat tanda-tanda keagungan Allah swt. samada di langit mahupun dibumi. Pada saat kamu berseorangan bersama buku, seperti kamu telah melintasi tahun dan masa, maka kamu akan dipanggil oleh berbagai nasihat, kamu akan diasah oleh berbagai pengalaman dan kamu juga akan dibuat terkagum-kagun oleh pelbagai kejaiban
Friday, June 10, 2011
PELANCARAN AKTIVITI-AKTIVITI BULAN PANATIA
1. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran
2. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran
3. Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi /target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
4. Mewujudkan semangat kerjasama di antara mata pelajaran dengan persatuan kelab akademik
Oleh kerana itu pelbagai gaya dan cara AJK panatia membuat pelancaran Bulan panatia masing-masing. Selalunya pelancaran bulan panatia ini dibuat acara perasmian pada Isnin pertama setiap bulan pada waktu perhimpunan.
Saya sangat menghargai cara mereka membuat gimik pelancaran panatia mereka.Mereka akan cuba membuat sesuatu yang menarik perhatian murid-murid malah kepada rakan-rakan guru yang lain. Semangat mereka merekacipta gaya pelancaran panatia sehingga berusaha melatih murid-murid antaranya: bercerita, berpidato, choir, berlakon, talidra, menyanyi samada solo dan kumpulan, dan pelbagai acara yang mengikut citarasa AJK panatia masing-masing
Sudah semestinya saya diberi peluang memberi ucapan perasmian.Seperti biasalah saya akan mengucapkan terima kasih kepada AJK panatia terlibat dan membakar semangat murid-murid agar melibatkan diri dan memasuki semua pertandingan dan aktiviti yang dianjurkan oleh setiap panatia tersebut. Selalunya di mana-mana sekolah, program panatia dilaksanakan dalam tempoh sebulan mengikut takwim sekolah dan sudah semesti setiap panatia mempunyai cara tersendiri memeriahkan aktiviti panatia masing-masing termasuklah pameran,tayangan, melukis, bercerita dan lain-lain yang bermanfaat kepada murid-murid. Jom kita lihat acara dan gaya perasmian bulan panatia sekolah ini yang sempat dirakamkan bermula Januari 2011
Bulan Panatia matematik
Gazet pelancaran adalah dengan memotong kek. Kelihatan ketua panatia memberi ucapan mempromosikan aktiviti-aktiviti dan program yang dijalankan sepanjang bulan panatia ini. Murid-murid diberi kesempatan membaca biodata tokoh tokoh ilmuan matematik Islam
Tahniah kepada semua AJK Panatia matematik
Panatia Bahasa Inggeris
Panatia Bahasa Inggeris memecahkan ketulan ais sempena pelancaran,bulan panatia nya
En Zulfadli selaku pengerusi majlis tersebut menjemput pelajar untuk mempersembahkan "Public Speaking" dan pelajar tersebut adalah pelajar yang memenangi "Public Speaking"peringkat daerah dan wakil gombak ke pertandingan peringkat negeri SelangorPasukan "Choral speaking" Yang memenangi Johan peringkat daerah turut serta membuat persembahan sebagai salah satu acara yang memeriahkan perasmian Bulan panatia Bahasa Inggeris. Tahniah
Panatia Siviks dan Warganegara/ Kajian Tempatan sempena Bulan Anti dadah
Perasmian dilakukan dengan menjemput Guru Besar dan Penolong Kanan serta semua guru menandatangani papan putih sebagai simbol semua warga sekolah benci kepada kegiatan penyalahgunaan dadah. Pelbagai acara diadakan antaranya guru-guru secara berkumpulan membuat Mural mengikut kreativiti masing-masing

Terima kasih semua warga sekolah. Semoga apa yang telah diusahakan dilaksanakan adalah untuk kemenjadian murid.
Wednesday, June 8, 2011
BEAUTIFUL WORDS ABOUT TRUE FRIENDS

KING GEORGE V (1978 REUNION)“Veni, Vedi, Veci” The most beautiful discovery true friends make is that they can grow separately without growing apart.
..I'll Remember the laughter as we go our seperate ways, but there's so much we're learning and we can not be afraid. There's a world outside our door and nothing in our way. But if it's not what we're both looking for we'll meet again someday.. Happy times may come and go, but the memories will last forever..
By: Kalsom Hussain-my classmate when we were in form 1D/schoolmate till we were form 5
BERTEMU TEMAN-TEMAN PERSEKOLAHAN KGV


Memang benar !!, pertemuan dengan rakan-rakan kita sudah pasti membuat kita sedari yang betapa hidup ini berputar laju hinggakan kita terlepas pandang akan kawan-kawan kita yang pernah bersenda gurau bersama samada didalam kelas, di science lab, bilik homescience , swimming pool, kantin, padang, library dan lain-lain rupa-rupanya telah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran yang tidak terjangka oleh kita semenjak selama terputus hubungan selama 32 tahun
Thursday, April 28, 2011
AKHIRNYA KITA BERJAYA!!!


Proses kerja dokumentasi pencalonan sekolah kluster dalam kenangan



SEMASA PROSES KERJA..MASING-MASING MENAIP, MENYUSUN LAPORAN,,MENCARI DATA,,COPY GAMBAR SUSUN..SUSUN,,TAIP,,EDIT...


MENCARI DANMENCARI..SUKA DUKA BERSAMA DIRASAI....
Pencalonan Sekolah Kluster Fasa 5
surat yang tercatat TAKLIMAT DAN MESYUARAT PENCALONAN SEKOLAH KLUSTER FASA 5 2011
sEKOLAH YANG TERSENARAI SILA HADIR KE PPD PADA 19HB APRIL 2011 .Dalam fikiran..'Wah apa pula yg sedang menanti ini?" sedangkan jemaah nazir telah memilih sekolah ini untuk dimantau tentang agenda NKRA LInUS pada hari Rabu 20 hb April. Untuk LiNUS kami sentiasa bersedia dan mengalu-alukan kedatangan mereka kerana saya begitu yakin setiap kali pemantauan pihak nazir mesti berlaku sesuatu penambaikan terhadap apa yang dimantau mereka....Itu sudah pasti....
Setelah menhadiri taklimat, rupa-rupanya ada 5 buah sekolah SK di Gombak terpilih dan kami diminta menyediakan semua dokumen mengikut garis panduan yang dibekalkan..Sudah semestinya saya berfikir dan merasakn satu lagi proses yang sangat panjang akan berlaku sepanjang 7 hari berikutnya kerana dokumen perlu dikumpulkan selewat2 nya hari Rabu 27hb April...satu pengelolaan dan perlaksanaan yang teratur serta menunutut kemahiran kemanusiaan yang sangat tinggi dan menguji samada saya boleh atau tidak bergerak sebagai pemimpin instruksional
Oleh itu "The party has just begun" kata GPK HEM , antara yang menjadi ahli "TASK FORCE TEAM FOR CLUSTER SCHOOL DOCUMENTATIONS"
Satu mesyuarat khas diadakan pada Selasa 19hb April dengan melantik 15 orang AJK kerja dan membahagikan kupulan-kumpulan dan setiap kumpulan bertanggungjawab membuat semua laporan, data, eviden-eviden ,gambar-gambar mengikut bahagian masing-masing...Semua perkara diperhalusi dari cara perkembangan laporan, layout , font, margin, cara persembahan dibuat brainstorming,,,Maka lihatlah kenangan-keNangan proses ini darai bermula hingga ke titik terakhir sebelum menhantar ke PPD
TERIMA KASIH SEMUA DI ATAS SOKONGAN..SAYA SANGAT MENGHARGAI APA YANG KALIAN LAKUKAN.JOM REDAH...
Thursday, January 6, 2011
LAWATAN NAZIR DIHARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2011
Beliau telah sempat membuat pertemuan dengan ketua panatia bahasa Inggeris dan panatia bahasa melayu tentang MBMMBI . suasana perhimpunan dijalankan seperti biasa dengan Pn Normah guru kaunseling memberi taklimat ringkas tentang peraturan sekolah dan ada terdapat ibubapa mendengar dan memerhati sama taklimat ini. bagi saya memang elok lah ibubapa mendengar sama taklimat ringkas ini agr mereka dapat terus bertindak untuk anak-anak mereka.
ucapan saya lebih bertumpukan visi dan misi sekolah agar difahami oleh murid-murid dan mengulas secar ringkas dengan ayat-ayat yang mudah.Selepas perhimpunan murid bersama guru kelas atau guru mata pelajaran pertama menaikki tangga seperti yang telah ditetapkan Unit Disiplin sekolah.
Pukul 12.30tgh kami semua pentadbir sekolah di beri taklimat ringkas dan beliau melihat bebrapa dokumen mengikut senarai. Antarnya pelan jangka pendek dan panjang setiap unit. memanglah semua dokumen yang ingin dimantau tidaklah seberapa lengkap tetapi memamg ada unit-unit yang telag lengkap pelan strategik.
hasil daripada perbincangan dua hala banyak informasi dapt dijadikan penambahbaikan untuk saya dan penolong kanan dalam mempertingkatkan urus tadbir sekolah ini dan memberi menafaat kepada guru-guru untuk lebih bertugas lebih proffesional demi kemenjadian murid
Pegawai nazir sempat berbincabg dengan guru pusat Sumber dan memberi tips dan semangat dalam beliau melaksanakan program nilam peringkat sekoalh
beliau telah sempat mencerap 5 orang guru sesi pagi dan melihat perjalanan Program Transisi tahun satu. Beliau menamatkan pemantauan nya jam 5 petang. terima kasih lah Cik Ayu Mahyuni.......
Wednesday, January 5, 2011
PERSEDIAAN SEBELUM PERSEKOLAHAN 2011
Maaf kepada pembaca blog guru besar-guru besar terutamanya Aida Ali yang saya ketinggalan hal-hal peribadinya yg menganggu juga tugas professionalismanya. Saya tumpang sedih dihari pertama rakan GB yg rapat dalam blogger ini tercedera setelah terjatuh dari tangga rumahnya. Saya mengharabkan aida sabar menghadapi situasi ini. Tapi sy ingin mengucapkan shabas pada beliau kerana terus berkongsi cerita dan pengalaman tentang sekolahnya dari masa ke semasa.
Pada hari pertama persekolahan, selaku GB saya sangat bersemangat jiwa, raga dan tenaga saya. Seawal 7 pagi saya datang sekolah (Selalu sy tiba dalam jam 7.10 ke 7 15) kerana jalanraya sentiasa sesak dari jalan Ampang ke Flamingo) Itu pun saya keluar dari rumah pukul 6.35 pagi) Kenapa bersemangat? Kerana ini adalah pengalaman pertama menghadapi Hari pertama disekolah yang baru ditadbir iaitu 9 bulan disini. walauapa pun saya dan GPk telah sangat bersedia untuk memulakan sesi ini memandangkan kami berlima sentiasa berada disekolah bagi menyiapkan segala dokumentasi yang perlu dan telah berjaya mengadakan mesyuarat dengan padat bagi membincangkan kerangka tugas 2011 secara intensif bermula 27-30 dec 2010 yang lalu.
Hampir semua aspek disentuh secaca comprehensif dan taklimat dan inhouse training di KSSR dijalankan dengan penuh soal jawab serta semnagat ingin tahu guru2. Petang khamis 29hb guru -guru bergotong royong membersihkan kelas dan memindahkan kerusi meja untuk tahun 1 ke bawah dengan kerjasama Pekerja kebersihan swasta. OK lah semua sudah sedia. meja kerusi disediakan mengikut jumlah murid oleh semua AJK Unit HEM.
Kepada peminat Facebook semua gambar-gambar perihal hari ni byk dikongsikan bagi melihat serta meyakinkan seluruh warga sekolah tentang tugas dan tanggungjawab yg sebenar kita lakukan demi kemenjadian murid dan sekolah.
Friday, November 5, 2010
PROJEK MENUBUHKAN BILIK OPERASI FAIL
Setiap sekolah terdapat beberapa cara pengurusan fail. Saya percaya pengurusan fail sekolah yang berkesan dapat membantu sekolah secara langsung dalam pencapaian matlamat yang diidamkan. (Abdullah Sani Yahaya,2007)
Proses pengurusan fail sekolah juga melibatkan empat aktiviti utama pengurusan, seperti yang diutarakan dalam definisi yang diberikan oleh Thierauf et. Al (1997) iaitu Perancangan, Pengelolaan, Pengarahan dan Kawalan serta Pemantauan.
Tugas-tugas pengurusan fail sekolah termasuklah kegiatan-kegiatan yang memperlihatkan perancangan, kepimpinan dan usaha-usaha perubahan seperti berikut:
1. Mengesan, menyusun dan menyelesaikan masalah-masalah sekolah.
2. Membuat perancangan supaya masalah-masalah yang dikesan dapat diselesaikan.
3. Melaksanakan penubuhan yang diingini disekolah
4. Menjalin usaha pasukan dan kepimpinan secara bekerjasama dengan guru-guru dan anggota kakitangan sekolah lain
5. Memeriksa pelbagai pilihan yang ada supaya jenis dan bilangan input digunakan dengan tepat dan berpatutan bagi mengeluarkan hasil-hasil yang diingini
6. Menguasai sokongan dan penglibatan komuniti
RASIONAL
Saya mula ditugas di sekolah ini mulai 9hb Mac tahun ini dari SK Selayang Jaya. Di SK Selayang Jaya saya dan Penolong Kanan mengambil tempoh 2 hingga 3 tahun untuk melengkap sudut Operasi Fail dan mengemaskini fail-fail mengikut prosedur Jabatan Pelajaran Negeri setelah Pentadbir sekolah diberi pendedahan melalui bengkel PPDG pada tahun 2007. Saya telah mengambil inisiatif untuk membuat bengkel ini disekolah bersama semua guru-guru bagi memenuhi Latihan dalam perkhidmatan dengan menjemput Pegawai Dokumentasi memberi segala input tatacara mengemaskini fail serta operasinya dan kepentingan pengurusan fail-fail secara efektif.
Apabila saya mula bertugas di Sk Taman Bukit Indah Bilik Operasi fail ini lebih dikenali sebagai Bilik Kualiti yang terletak ditingkat bawah yang saya kira jauh dari pejabat dan tidak bersikap setia kawan atau ‘friendly’. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat ini tetapi baru sebulan saya berkhidmat disini, sekolah didatangi oleh Bapa Angkat sekolah yang bertujuan memantau semua fail-fail Panitia. Saya dapati penyelaras Bilik Kualiti diarahkan membawa semua fail-fail Panitia ke Bilik Gerakan di tingkat 4 blok tengah bangunan. Saya beranggapan sepatutnya pemantau hanya perlu memeriksa fail-fail tersebut di Blik Kualiti sahaja. Punca utamanya saya dapati daripada hasil siasatan saya , Bilik Kualiti ini sentiasa dikunci dan sangat jarang dimasuki oleh guru-guru. Hasilnya bilik ini agak lama tidak dikunjungi dan dikemas hingga pemantau agak kurang senang untuk memantau di Bilik Kualiiti tesebut. Saya juga dapati Fail-fail HEM dan Kokurikulum tidak diletakkan di Bilik tersebut sebaliknya berada di bilik GPK HEM dan GPK koko masing-masing.
Pemantau tersebut memberi beberapa komen dan kritikan dari hasil pemantauan Fail-fail ini dikategorikan sebagai “memuaskan” sahaja dan perlu kepada banyak penambahbaikan. Saya terima kritikan ini sebagai satu cabaran dalm kepimpinan saya disekolah ini. Oleh kerana saya baru bertugas saya mengambil keputusan unruk membuat gerak gempur pada cuti persekolah Penggal 3 nanti
Belumpun sempat saya bermesyurat tentang perubahan yang perlu dilakukan tentang Operasi fail-fail ini, pada 16hb Oktober 2010 ketika saya dan Penolong Kanan tadbir berkursus KSSR diMelaka, saya dihubungi oleh GPK koku yang sekolah dikunjungi oleh 4 orang pemantau yakni 2 dari JPS dan 2 dari PPD ingin memantau fail-fail terutama fail Panitia Bahasa Melayu. Sekali lagi laporan daripada pemantau manyatakan fail-fail kebanyakan tidak ‘up to date’ dan pengambilan fail mengambil masa agak lama kerana terletak jauh dari pejabat. Oleh itu saya mengambil keputusan menjalankan mesyuarat tergempar bagi membincangkan tentang penubuhan Bilik Operasi Fail seberapa segera tanpa menunggu target date saya iaitu pada cuti penggal 3 nanti. Semua justifikasi yang diberi oleh Penolong Kanan diambil kira dan kami bersetuju untuk mencari sudut sesuai sebagai Bilik Operasi Fail Sekolah. Sistem pengeloaan dan pemantauan pun dipertingkatkan bagi memudahkan pengeloaan dan pengurusannya dengan mengambil kira bahawa ianya mesti berkonsep ‘friendly manner’ kepada semua guru.
OBJEKTIF
1. Mengwujudkan system fail berpusat agr semua pegawai yang terlibat dengan penyediaan fail unit masing-masing tidak melakukan kerja yang berulang-ulang atau ‘redundant jobs’ yang berkaitan dengan mengemaskini fail unit masing-masing
2. Mengelakkan fail-fail berada di bilik GPK masing-masing kerana ianya menyukarkan proses pengambilan fail bila GPK berkursus, bermesyurat di luar atau sekiranya mereka bercuti sakit atau rehat kerana biasanya mereka mengunci bilik-bilik mereka
3. Memastikan pengendalian kualiti masa yang cekap apabila fail-fail perlu dimantau dan mengelakkan karenah birokrasi apabila pegawai-pegawai pemantau dating untuk membuat pemantauan dan pentaksiran fail-fail.
4. Semua staf sekolah boleh mudah membuat rujukan tentang perkembangan panitia/unit mereka masing-masing dan memudahkan pemantauan diperingkat sekolah dilaksanakan. Mudah menjalankan aktiviti pengemaskinian.
5. Memudahkan guru-guru memnulis minit-curai setelah menghadiri kursus/taklimat/mesy dibuku log agar pentadbir mendapat maklumat secara terus dan sebagai pengetahuan/tindakan yang perlu diambil sewajarnya. Hasil dari pemantauan juga pentadbir dapt mengawal sumber dan kos untuk setiap Unit demi kepentingan organisasi sekolah khasnya.
MATLAMAT
1. Kearah system Fail Berpusat yang lengkap, cekap dan kemaskini
2. Kearah sistem fail /dokumen sokongan kepada semua program dan aktiviti sekolah
3. Kearah memperkasakan penyelengarraan tugas dan tindakan wajar dari dokumen-dokumen terkini
4. Memastikan semua fail diselenggara dengan cekap dan mudah diakses
5. Memastikan semua pihak capat dan mudan mencari maklumat serta data dengan mudah dan cepat iaitu antara 3 hingga 5 minit.
6. Semua fail untuk panatia, Unit HEM dan Koku dirus mengikut format yang ditetapkan oleh JPN
7. Semua Surat dan Dokumen diproses secara betul
8. Semua fail mengandungi surat atau bahan yang lengkap dan terkini
9. Semua fail seragam dan diletakkan dalam kotak yang seragam dan berlabel
10. Semua fail ditempat di Bilik Operasi fail
SUMBANG SARAN DAN CADANGAN UNTUK PENAMBAH BAIKAN
1. Memberi kursus untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengeloaan fail
2. Meringankan beban tugas dalm urusan pentadbiran
3. Setiap guru memegang satu jawatan penting sahaja
4. Mengadakan gotong royong mengemaskini fail
5. Staf sokongan membantu menguruskan fail panitia
Wednesday, October 20, 2010
STANDARA KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA 2010
Bemula dari tajuk Pengenalan SKPM 2010, Sejarah SKPM, Tujuan SKPM serta Harapan SKPM
Penarafan kendiri Sekolah berasakan SKPM di terangkan dengan terperinci
Sunday, October 17, 2010
PEMBENTANGAN BUKU MENGGANTIKAN LADAP
Apabila Kementerian Pelajaran Malaysia menghantar siaran pada 22hb. Mac yang lalu agar sekolah dapat melaksanakan Kaedah Latihan secara Pembacaan Buku dan membentangkan nya, saya sangat-sangat menyokong program ini. Pertamanya kerana saya anggap saya adalah seorang yang sangat suka membaca, samada buku-buku ilmiah, buku2 masakan kerana saya memang memasak untuk keluarga, buku -buku tentang kaunseling dan perkembangan aktiviti manusia dan persekitaran, majalah-majalah seperti hidayah, mastika dan yang terakhir saya telah banyak menumpukan pembacaan kepada majallah SOLUSI. Majallah solusi ini banyak memberi kesedaran pada saya melalui cara-cara setiap pengarangnya mengupas tentang kehidupan kita sebagai seorang Muslim dan caranya sangat teratur dan terperinci.
Jadi saya menyahut seruan kementerian dan terus menggazetkan nya kepada semua guru-guru. Saya memberi taklimat khas bagaimana guru-guru mesti proaktif terhadap program ini. Saya mengedarkan borang-borang bagi memastikan guru2 terlibat bersungguh-sungguh membaca dan mereka perlu berkongsi segala ilmu melalui pembacaan mereka.
Hari yang ditunggu-tunggupun tiba, Saya telah memilih tarikh yang akhirnya dapat diimplementasikan kehendak ini pada 2hb oKt 2010 yang lalu dengan memilih secara rambang guru-guru yang kena membuat pembentangan hasil dari pembacaan buku-buku mereka
. Sebelum pembentangan, saya sempat berjumpa dan berbincang dengan para pembentang dan menyusun pembentangan mereka mengikut kategori buku agar pembentangan tidak ada pertindihan topik dan membahagikan agar ada yang berilmiah, santai, tentang kesihatan, tentang disiplin dan sebagainya.
Tarikh 2hb tu dipilih kerana kami pihak pentadbir sepakat mengadakan 'Open House" Hari Raya pada pukul 12.30 tgh. Oleh itu mulai jam 8 pagi semua pembentang buku dikehendakki memasukkan power point atau apa sahaja yg menyokong pembentangan buku mereka agar dapat menarik minat pendengar. Guru-guru lain di beri kumpulan-kumpulan untuk menilai setiap pembentang melalui borang-borang khas,
Memang berjaya pembentangan ini dan guru-guru mendapat maklumat hands on dari rakan sejawat mereka sendiri.Saranan, nasihat dan ilmu terus diberi input kepada yang mendengar dan sangat efektif cara guru-guru sbgai pembentang ini membentangkan buku mereka dengan mengaitkan pembacaan mereka dengan tugas mereka dan secara langsung menaikkan semangat rakan sejawat mereka dalam menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan kepada mereka
Lihatlah komen-komen saya terhadap guru-guru yang berjaya membentangkan pembacaan buku mereka;
1.Semuanya
Byk ikhtibar yg sy dpt drp pembentangan buku hari ini. Pembentang semuanya membuktikan kebolehan cikgu memberi ilmu dgn gaya sendiri, Semua ade very good pontensi utk menjadi penceramah yg baik, tahniah n terima kasih.
2.To melyza,
anda memberi sentuhan dihati agar memerhati murid bermasalah kendiri. Rupenya kanak2 begini tak mempunyai profil tertentu. Thanks 4 the film gazet and u tube. So, kita mesti berperanan sbg pendidik, TQ really touching... Tajuk Buku " Nineteen minutes" by Jodi Picoult
3.Kpd sahrifah noorul huda, -
anda membuat sy menangis dgn kata2. Letaklah harapan sehingga kalau tak berdaya kembalikan harapan tu pd yang maha Berkuasa. Sgt tersentuh dan TQ for the kopiko being delivered while memberi ilmu.mmg best. Tajuk Buku:" Guru sebagai pendorong diBilik Darjah"
4.To Hafeze,
anda di beri kelebihan oleh ALLah mpunyai sedikit unsur humor dlm diri, hargainya untuk jalan yg lurus bukan bengkok2. Tentu murid2 sayangi anda dgn kelebihan ini, TQ for enlightened semua yg mendengar. Page 60 ke 90, sy nak check, TQ Tajuk Buku " Humor dalam Pengajaran"
5.Zalinah,
anda telah benar2 menerangkan jantung dan peranannye, siap dgn cara muhasabah diri serta makanan2 sihat, Bile kita terlalu sibuk bekerja kite terlupa menghargainye. takut insaf ni hanya sekejap...Tp buat sy lebih berhati2 . TQ . Tajuk Buku " Kesihatan jantung"
6.Zabidi,
Rupe nye ceria iru juga melalui hidayah ALLAH...dan yg sgt tersentuh bile anda menyatakan bahawa "Kita kena terima kita seadanya" dan alngkah bahagianyeklau kita menerima rakan sejawat di SKTBI seadanye dan semua org menerima kita seadanye. Terima kasih untuk ayat2 ini. Tajuk Buku " Petua untuk sentiasa ceria"
7.Awang Petra...
Bahagianye Allah pilih anda dari berjuta manusia utk ILMU SENI yg meliputi diri anda. Sentuhan seni cikgu berupaya mbuat yg lain seperti tak punye ape2, Hargailah pemberian ini dan sebarkanlah kemahiran ini utk dimanfaatkan semua. Kami pun mmg bersedia menghargainya,Kesungguhan anda mbawa altan2 amat dihargai. TQ
PUKUL 12,30 TGH selesai pembentangan buku dan semua rasa puas hati dan menjamu selera di jamuan Hari Raya pentadbir. Terima kasih semua